Tahniah ATM, selesai masalah warga asing di pasar borong Selayang

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini bertindak tegas menutup secara keseluruhan Pasar Borong Selayang selepas tular satu gambar yang dipercayai keadaan pasar tersebut masih dipenuhi segelintir peniaga warga asing yang deg1l.

Memetik laman Facebook Malaysia Military Power, pasar tersebut ditutup pada jam 1 pagi tadi selepas warga asing itu didakwa merosakkan barrier yang dipasang di pasar borong berkenaan.

“Sejumlah anggota tentera lengkap bersenj@ta tiba di pasar tersebut pada pukul 1 pagi dan bertindak menutup keseluruhan pasar dengan lebih banyak kawad berduri dan mengawal pintu masuk dan keluar,” tulisnya.

Terdahulu, menurut laporan BH, pekebun dan pekerja warga asing dipercayai mengambil kesempatan menguasai tempat itu kerana sepanjang tempoh PKP bermula sejak 18 Mac lalu, peniaga pasar malam dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

Mereka juga didapati bebas berniaga di tapak itu serta parkir berdekatan secara terbuka setiap hari sehingga mengabaikan syarat-syarat penguatkuasaan PKP. Kawasan itu juga dikatakan menarik kehadiran di antara enam hingga 10 lori, menghantar bekalan sayur-sayuran setiap hari ke situ yang kebanyakan diangkut daripada kebun milik warga asing sekitar Lembah Klang

Kredit; malaysiadateline.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*