Pemandu MAB0K: Berapa Banyak Nyawa Yg Perlu DIK0RBANKAN Untuk Kerajaan Bertindak?

1. Kali ini seorang anggota polis pula dilaporkan men1nggal dunia akibat dilangg@r pemandu mab0k. Apa yang menyed1hkan 1nsiden sebegini terkadang meng0rbankan nyawa yang tidak bersalah. Berapa banyak nyawa lagi yang harus dik0rbankan sebelum kita mengambil tindakan tegas berhubung perkara yang melibatkan ar@k?

2. Satu tindakan tegas mestilah dilaksanakan bagi menangani kejadian yang tidak dingini seperti ini berulang lagi. Sekiranya pemandu tersebut disahkan di bawah pengaruh alk0hol, tindakan tegas mestilah dikenakan agar menjadi pengajaran kepada semua. Begitu juga dengan kesalahan yang melibatkan nyawa yang lain.

3. Barangkali prosedur penjualan ar@k juga perlu diperketatkan. Semua langkah yang dilihat membantu mengawal kemunculan pemab0k di atas jalan mestilah dipertingkatkan supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

4. Ketegasan Umar Abdul Aziz dalam isu ini mesti dijadikan contoh. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan supaya orang kafir tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis ar@k (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan ar@k. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:
كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa ar@k dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. Menyedari betapa bahay@nya kerosakan ar@k ini, Rasulullah, para sahabat serta khalifah terdahulu bertindak tegas menanganinya. Jangan pula ada di kalangan kita yang melihatnya sebagai d0sa peribadi yang kita tidak perlu masuk campur. Dari perkara peribadi inilah ia merosakkan nyawa orang lain.

7. Jangan juga ada di kalangan pemimpin kita yang menganggap ringan perkara ini sehingga melihat ar@k ini seumpama orang kafir yang “meminum teh sahaja.” Ini kerana kesan “teh” ini bukan sahaja merosakkan akal, bahkan meng0rbankan nyawa Muslim. Semoga Allah membimbing kita.

Kredit; Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*