Alhamdulillah, Hasrat Wira Negara Tunai Umrah Jadi Realiti…

BARU-BARU ini kami di Malaysiagazette.com menghasilkan dokumentari eksklusif mengenai kisah seorang anggota Unit T1ndakhas (UTK), Sarjan (B) Nazaruddin@ Sabu yang kini menghabiskan sisa usianya di sebuah flat PPR di pinggir ibu kota.

Dalam kisahnya, Sabu yang juga pemegang pingat keberanian kedua tertinggi negara. pingat Panglima Gagah Berani (PGB) berkata, tiada apa yang diharapkannya lagi melainkan berdoa agar impiannya menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat dimakbulkan suatu hari nanti.

Serentak dengan itu saya segera mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihak dan kemuncaknya, malam tadi, Persatuan Mualaf Malaysia setuju dan seterusnya datang ke rumah Sabu untuk menyampaikan hasrat mereka menaja pemergiannya ke Tanah Suci.

Hanya l1nangan a1rmata yang menjadi saksi betapa bersyukurnya lelaki berusia 75 tahun itu apabila pengerusi persatuan tersebut, Shila Lama menyerahkan surat jemputan sambil disaksikan penasihat persatuan, Ustaz Gunawan.

Kisah lanjut akan saya tulis dalam Malaysia Gazette. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak dapat menahan rasa se.bak kerana Allah merealisasikan impian wira negara ini. Hanya dalam tulisan, segala impian menjadi kenyataan!

Baca lanjut di pautan di bawah…

Hasrat wira UTK hendak menunaikan umrah tercapai!

Kredit; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*