[Video] Ya Allah ampunkanlah D0SAku, sedang saya tidur lena ada orang tinggal bawah jambatan begini – Bro Ebit Lew

Ya Allah se.baknya. Rasa nak mena.ngis. Pagi-pagi semalam saya turun bawah beberapa jambatan. Ada satu tempat ini tinggi. Saya nampak ada orang tidur dekat tepi tu dari bawah. Saya pusing dari bahagian lain dan turun disitu.

Berdebar rasa. Terkejut tengok tidur dekat situ. Walau sikit rasa berdebar tapi rasa kasihan. Terus saya bertegur sapa dengan anak muda ini. Kenapa tidur sini. Takde kerja ustaz. Tangan dia patah. Jatuh dari tempat tinggi ini.

Saya beri dia sedikit duit belanja dan sarapan pagi. Katanya Ustaz, macam tahu je apa saya rasa. Kata-kata ustaz sampai ke hati saya, ustaz macam tahu je. Saya rindu semua nasihat begini.

Tak sangka ustaz sanggup meniarap macam tikus dekat bawah ni. Sed1h rasa tengok adik ni tidur dekat sini.Ya Allah ampunkanlah d0saku ini, sedang saya tidur lena ada orang tinggal bawah jambatan begini. Ujian hidup manusia berbeza-bezakan. Jika biasa je ujian pasti takdelah sampai tidur sini.

Rasa se.bak dan nak mena.ngis. Dulu saya takde tempat tidur. Pernah tidur di masjid. Walaupun kadang tepi lon gkang masjid sebab masjid ada tak boleh iktikaf waktu malam. Syukur. Tapi tak pernah tidur di tepi tebing begini.

Baik betul adik ini dengar nasihat saya. Allahuakbar. Perkataan terima kaseh banyak kali diucapkannya. Sed1h rasa. Semoga Allah rahmati dan permudahkan hidup beliau. Pohon doa nak bantu lebih ramai orang yang hidup susah.

Kredit; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*