Jantungnya berhenti Sebaik Laungan Azan Maghrib Malam Jumaat

Sebaik azan maghrib, anak soleh Abdullah AnNur telah pergi. Jantung berhenti sebaik laungan azan. Kekuatanmu bertahan utk menunggu masuknya hari Jumaat. Itulah jwpn knp kau masih berusaha bernafas bila doktor cuba buka ventilator.

Kami semua masing2 tertanya2 apakah yg Lah tunggu hingga berusaha mcm tu. Kau anak soleh…kau anak syurga. Azan di kawasan hospital bersahutan tiap waktu dari masjid berdekatan… Dikeluarkan daripada jalan Ibnu Juraij daripada ‘Ata’ bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ أَوْ مُسْلِمَةٍ يَمُوتُ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةِ الْجُمْعَةِ إِلَّا وُقِيَ عَذَابَ الْقَبْرِ، وَفِتْنَةَ الْقَبْرِ وَلَقِيَ اللَّهَ وَلَا حِسَابَ عَلَيْهِ، وَجَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَعَهُ شُهُودٌ يَشْهَدُونَ لَهُ أَوْ طَابَعٌ”

Maksudnya: “Mana-mana orang Islam lelaki dan perempuan yang men1nggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat pasti dipelihara daripada a.zab kubor dan f1tnah kubor dan dia bertemu Allah dalam keadaan tiada hisab dan dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan bersamanya saksi-saksi atau pemberi pengesahan yang memberikan kesaksian.

Telah pergi anak soleh Abdullah Annur meninggalkan kenikmatan dunia menuju kenikmatan akhirat yang kekal abadi. Lah, panggilan usth pdmu sjk 2007 ketika usianya 13 tahun sewaktu bergelar anak asrama usth. Semua guru sayangkan Lah, semua kawan kasihi Lah, semua makcik pakcik cleaner kenal Lah… sape pun yg berada di asrama SYS tahu sape Lah pd ms Lah di situ. Pergi pd mlm Jumaat, hari yg semua umat Islam inginkan. Betapa kerdilnya usth di sisi Allah berbanding dgn Lah. Allah tunjukkan awal, Allah pilih Lah.

Hidup Lah penuh dgn aktiviti kebaikan. Dr zaman sek hingga skrg malah bertambah giat berdakwah bila sudah bergelar menantu pd seorg murabbi. Tidak tau erti penat, dakwahnya diutamakan. Menjadi Pengerusi satu NGO islam menggerakkan lg aktiviti dakwahnya. Usia Lah muda tapi kebajikan yg dia laksanakan berpuluh kali ganda kebajikan yg usth buat wpun usth dh tua.

Lah ditakdirkan kahwin awal, perancangan Allah terbaik. Umur 26 thn sudah punyai 2 anak dan seorg isteri yg soleh. Yg usth amat kagumi. Tiada setitis airmata d pipi isterinya spjg diujiNya. Dia lah yg menenangkan ibu dan mertua serta adik beradik. Sntiasa menuturkan kata2 penguat smgt. Usth kalah…. 

2 anak kecil kini sudah yatim. Tapi kelak mrk pasti gembira bila tau ayahnya kini dlm golongan para syuhada’ yg dijanjikan syurga.Tapi hakikat anak kecil, tetap bertanya di mana abi. Mrk tidak bertemu abi sjk abi sak1t dirawat kwsn rawatan kr1tikal.

Kini…tiada lg mesej bertanya khabar, tiada lg wasap bercerita kisahnya, tiada lg video call menayangkan wajah anak2nya, tiada lg panggilan sekadar utk mgucapkan ucapan hari lahir, hari guru dan hari raya. Sgl mesej yg masih tersimpan, usth akan baca semula apabila tiba hari lahir, hari guru dan hari raya… Lah tetap hidup di hati usth. Selamat beristirehat anak solehku ABDULLAH ANNUR.

Selamat dikebumikan sebentar tadi. Dlm jangkamasa 4 jam sgl urusan selesai. Mudahnya…Wajah tersenyum manis melembutkan hati semua yg hadir hingga membuatkan semua redha. Usth pasti akan menyusul…

Kredit; Ustazah Ainon Mardziah Elias

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*