Cukup-Cukuplah A1Bkan Remaja Kutip Derma Tu, Apakah Ini Yang Diajarkan Islam?

Ada ketikanya tindakan yang dianggap Islamik tetapi memberikan f1tnah pula kepada agama Islam kerana tidak dilakukan dengan penuh hemah dan bertujuan mengangkat kemuliaan Islam.  Lebih burok lagi tindakan begini dianggap ‘pendekatan’ Islam padahal bertentangan dengan Islam.

Baru-baru ini tular video seorang remaja ‘diperangkap’  oleh seorang individu yang merakam soal jawab kononnya remaja berkenaan men1pu mengutip derma untuk sebuah institusi Islam. Daripada pengakuan remaja dalam video itu, dia men1pu dan kutipan itu bukan untuk institusi berkenaan.

Tindakan individu yang ‘perangkap’ remaja itu adalah baik untuk menyedarkan remaja berkenaan supaya tidak terus melakukan peni1uan terhadap orang ramai. Bagaimanapun tindakan yang pada mulanya baik menjadi sebaliknya apabila individu berkenaan menularkan video itu.

Perbuatan ini   mendatangkan keh1naan yang bukan kecil tidak setimpal dengan kesa.lahannya.  Individu berkenaan memberikan hukoman sosial yang sangat berat apabila berjuta orang menonton video itu.

Adakah tindakannya menasihatkan remaja itu tidak memadai hingga hilang kewarasan menularkan pula dalam media sosial?  Adakah dengan menularkan di media sosial boleh menjadikan remaja berkenaan menjadi lebih baik berbanding sekadar nasihat?

Hukoman sosial iaitu mendedahkan kepada umum di media sosial sangat tidak setimpal.  Malah pendekatan ini boleh memberikan isyarat yang salah kepada remaja berkenaan bahawa Islam sangat ‘ke.jam’  dan tidak memberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan.

Ini bukan cara Islam. Cara begini bertentangan dengan Islam yang membetulkan peribadi seseorang tanpa mendatangkan keh1naan dan kea1ban yang melibatkan diri, keluarga dan sanak saudara remaja berkenaan.  Selepas dikongsikan beribu kali di grup Whatsapp, kini video itu tular pula di laman sosial Facebook.

Maka yang perlu diinsafkan sekarang bukan sahaja remaja yang men1pu mengutip derma tetapi lelaki yang berlagak Islamik menularkan video yang mendatangkan keh1naan yang besar kepada remaja itu. Individu ini perlu diselamatkan kerana dia telah memberikan isyarat yang salah tentang Islam.

Pada masa yang sama pengguna media sosial juga perlu dibimbing supaya tidak galak menularkan apa saja yang melintas di telefon bimbit mereka kepada orang lain.  Teknologi komunikasi bertujuan memudahkan kehidupan bukan merosakkan manusia.

Pada hakikatnya walaupun negara kita akan melangkah ke taraf negara maju tetapi pemikiran sesetengah ahli masyarakat penuh dengan kekol0tan dan keangkohan.  Negara maju tidak ada ertinya tanpa ahli masyarakat yang bertamadun.

DR MOHAMAD HALIL ABDULLAH, Petaling Jaya, Selangor.

Kredit; https://kuseman.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*