Dari KL Ke Utara Tanahair Seorang Ustaz Hanya Dibayar 30 Hengget Sahaja! Namun Allah Bayar Mahal Keihlasannya…

foto hiasan

“Allahuakbar… 30 hengget?” detik hatinya sedikit terperanjat. Manakan tidak. Perjalanan ratusan kilometer yang ditempuhi ke utara tanah air demi memenuhi satu jemputan Ceramah Maal Hijrah dihargai dengan nilaian RM 30 sahaja oleh ajk masjid. Adeh!

Jika diikutkan reputasi beliau yang sudah beberapa kali muncul di kaca TV dan juga namanya yang agak dikenali ramai, barangkali nilaian itu bagaikan satu e.jekan. Namun r0ntaan n@fsu itu segera ditutup dengan istighfar.

Beliau pun baru sedar jumlah wang tersebut ketika hendak membuat bayaran minyak kereta Citranya yang jarum petunjuk kadar minyaknya sudah hampir ke takuk merah. Tahu sahajalah bagi sesiapa yang pernah memakai kenderaan seumpama, betapa ‘lahap’nya kenderaan ini memakan minyak.

Dengan berbekal RM 30 itulah beliau mengisi tangki minyak keretanya dengan harapan RM 30 itu lebih berkat daripada RM 3 ribu. Mudah-mudahanlah. Bertemankan senyum di bibir, dipujuknya hati.

Malam itu berbekal dengan minyak RM 30 yang dituang, beliau bergerak balik ke ibu kota kerana ada jemputan kuliah subuh di Rawang pada awal paginya. Hatinya gundah gulana juga, entah sampai ke tidak. Sudahlah begitu, baki wang di dalam bank hanya ada RM 10.99 sen. Kalaulah tiba2 keretanya mat1 di tengah jalan… Ah masak!

Tetapi syukurlah berkatnya RM 30 itu beliau sampai juga ke KL serta dapat memenuhi jemputan kuliah subuh pada pagi esoknya. Itu sahaja sudah cukup ajaibnya baginya. Dia tak sangka ada perkara lebih hebat lagi ALLAH sudah sediakan buat dia hari itu. Ini sekadar hendak kongsikan nikmat dunia yang Tuhan takdirkan untuknya.

foto sekadar hiasan

Ia bermula dengan ‘hadiah’ yang beliau terima daripada masjid subuh itu iaitu sebanyak RM 500. Beliau syukur sangat2 atas rezeki yang ALLAH aturkan untuknya.

Kemudian sebelum beliau tinggalkan masjid, ada pula seorang pakcik yang baru kemat1an isteri menyampaikan sumbangan kepadanya untuk urusan kerja2 dakwahnya. Nilainya RM 500 juga. Masya ALLAH. sudah RM 1000 beliau terima pagi itu sahaja!

Hendak jadi cerita, selepas itu beliau tiba2 terima pula satu panggilan daripada satu kilang yang minta beliau bantu pekerja mereka yang kera.sukan. Kes ini luarbiasa sedikit kerana bukan pekerja wanita yang kera.sukan seperti selalu tetapi lelaki. Lebih hebat lagi bukan lelaki melayu ya tetapi mamat Bangladesh! Aduhai…

Jujurnya beliau bukanlah pakar sangat tentang bab2 pengubatan islam ini namun oleh kerana dah dipanggil, beliau usahakan juga untuk tidak hampakan harapan orang. “Tak tahu nak buat apa, saya azan sahaja satu kilang!” ceritanya sambil tersenyum.

Barangkali dek kerana ketulusannya niatnya, alhamdulillah kes kerasukan itu berhasil ditanganinya. Gembira tak terkata tokey kilang. Sebelum beliau pulang, wakil pihak syarikat serahkan satu sampul surat kepadanya. Ini menjadi satu lagi kejutan buat dia dalam tempoh tak sampai 24 jam selepas terima RM 30 tu.

Memang kejutan besar buatnya apabila rupa2nya pihak syarikat tadi ‘anugerah’kan kepadanya sebanyak RM 3, 000 atas usahanya membantu memulihkan pekerja mereka yang kera.sukkan.  SUBHANAALLAH!

“Para ustaz yang rasa mereka tak dihargai sebaiknya jika sesekali terima sumbangan tak seberapa usah risau…. ALLAH itu wujud. Memang naf.su kita mer0nta nak fikir macam2 tetapi ALLAH takkan biarkan kita macam itu sahaja. Pujuklah hati. Istighfarlah…..” Nasihat beliau sebelum menutup cerita.

Moga perkongsian ini dapat mengubat rasa hati para asatizah yang pernah tersak1ti namun begitu ia bukan satu hujah pula buat penganjur terus bermudah2 dalam soal hadiah atau saguhati. Soal IKHLAS atau tidak, hanya ALLAH yang berhak mengadili. Wallahu’alam

Kredit; Ahmad Fairoz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*