Kesianlah Kat Warden, Elaun Cuma RM 240 Sebulan Tetapi Bertugas 24 Jam

Beberapa hari lepas, kec0h juga dengan kes mang.sa bul1 menang kes dengan sa.man sebanyak RM616, 634.20. Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis s1ndiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja.

Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir SEMUA… Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja. Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu.

Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membul1, bermain bola, membuat hu.ru-hara, berg@duh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.

Kena berlari ke dorm pula bila mengesy@ki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah dide.ra, bunyi kecoh dan bising. Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karen@h.

Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar (fly atau runner istilah bdk²). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angk@ra. Main bola kompom cermin tingkap ke, cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai.

Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang h1steria, yang mencerob0h asrama wanita dan sebagainya lagi.

Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali.

Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara? Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusoh. Ada kes bul1 sampai luka-luka.

Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau. Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.

Dan saat ada kes bul1 di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24, 000.00 pula. Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku.

Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes bul1 dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa. Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, meng0rbankan segala masa dan tenaga.

Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan di bahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya. Sungguh aku simpat1 pada rakan sejawat ini. Sungguh!

Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungot. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru. Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.

Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita. Dan buat guru-guru yang disa.man, semoga terus kuat dan tabah. Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukom atas satu kecuaian kita sahaja. Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dian1aya dan dipersenda sesuka hati.

Kredit; Mohd Fadli Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*