Kereta Amoi Pancit Tayar, 20 Abam Biker Tolong Setel Dalam Masa 10 Minit Je…

Jika ada yang mengatakan bahawa perk@uman adalah budaya orang semenanjung… cuba kita baca tulisan Park Loong Zam yang berkongsi pengalamannya bersama sekumpulan konvoi motorsikal membantu gadis berbangsa cina yang terkandas di tengah ladang sawit.

Ternyata sikap toleransi masih tebal di Semenanjung. Terbaik lah. Kejadian berlaku di Bikam, Sungkai Perak. Tahniah kepada Park Loong Zam dan abang abang big biker (ternyata ramai biker berjiwa mulia). Bacalah tulisan Park Loong 

Cerita petang tadi…

Masa otw balik ke Manjung melalui jalan ladang bikam, kereta Myvi di depan kami langgar lubang dan tayar belakang pancit. Tapi driver dia tak berhenti dan terus jalan… kami flash dan akhirnya dia berhenti. Kami beritahu dia yg tayar belakang dia pancit… mungkin pecah lepas langg@r lubang.

Adik berbangsa cina ni pun berhenti dan kami pun teruskan perjalanan. Tapi tak sedap hati bila teringat dia sorang wanita tersangkut kat tengah ladang sawit sorang2.. so kita pusing balik dan betul tengok dia sorang2 tak tahu apa nak buat.

Kami ambik keputusan utk bantu tukar. Baru nak tukar lalu riders dalam 20 orang dalam perjalanan pulang dari Manjung otw balik ke Negeri Sembilan. My Wife pun lambai mereka minta bantuan… semua berhenti… tanya apa hal.

Saya cakap kesian Amoy ni tayar pancit. So 3-4 orang riders ni pun bantu tukar tayar, ada yg jaga traffic dan masing2 mainkan peranan masing2. Kurang 10 min… semua selesai. Alhamdullilah… Adik Perempuan Cina kita sangat berterima kasih dan saya ucapkan terima kasih pada semua riders dari Negeri Sembilan.

Semuga semuanya selamat dalam perjalanan… Saya dan Isteri bersyukur pada Allah kerana dapat ikram sorang hamba Allah hari ni. Mungkin hari ni hari dia. Mungkin boleh jadi pada anak2 kita juga. Wallahu Allam.. dan melihat bantuan dihulurkan tanpa mengira bangsa dan agama memang membuatkan kami teruja… There is still plenty of kindness around….

 

Kredit; Cikgu Emmet Menulis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*