FARAHANA, Anak Melayu Hebat Kebanggaan UKM

Siapa sangka kesed1han kerana terpaksa menolak tawaran ke sebuah universiti di Sarawak lapan tahun lalu telah digantikan dengan kegembiraan yang tidak diduga. Farahana Mohamed, graduan Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dari Kubang Kerian tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana beliau yakin segala peng0rbanan yang dilakukan demi keluarga tercinta akan dibalas dengan kegembiraan.

“Selepas menamatkan program Asasi Sains, saya telah ditawarkan ke UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), tetapi terpaksa menolak kerana pada waktu itu ayah saya diser@ng strok (angin ahmar). Ayah yang seblelum ini bekerja sebagai buruh kasar tidak boleh lagi meneruskan kerja hariannya. Tidak sanggup saya nak meninggalkan keluarga dengan keadaan ayah yang terlantar sak1t.

“Jadi, saya buat keputusan untuk menyambung pengajian diperingkat diploma. Memanglah rugi, tetapi itu yang terbaik bagi saya,” katanya yang menyambung Diploma Mikrobiologi di Universiti Teknologi MARA, Kuala Pilah.  Beliau berkata, setiap kali cuti semester, beliau akan bekerja sambilan bagi menampung pengajiannya. Tamat sahaja pengajian diploma, Farahana terus bekerja secara kontrak di sebuah syarikat di Kelantan bagi membantu keluarganya di samping mengatur langkah hidup beliau yang seterusnya.

“Tidak cukup dengan penderitaan ayah, ibu saya pula jatuh sak1t. Segala tanggungjawab menguruskan keluarga telah dipikul oleh dua orang kakak yang bekerja sebagai guru dan adik saya yang bekerja sebagai jururawat. Merekalah tempat bergantung harap selain dari abang-abang,” katanya yang turut mempunyai seorang adik yang mengalami masalah pembelajaran sejak sekolah lagi.

Farahana bersyukur kerana setelah hampir setahun tamat pengajian diploma, beliau telah diterima belajar di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dalam jurusan Sains Bioperubatan.  “Benarlah, rezeki yang Allah bagi tidak cepat dan tidak lambat. Ia datang tepat pada masanya,” katanya.

Sepanjang empat tahun pengajiannya di UKM, beliau sangat aktif berpersatuan. Farahana juga merupakan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2017/2018.

Anak keenam daripada 11 orang adik beradik itu sentiasa menunjukkan potensi untuk berjaya. Beliau juga turut menyertai pertandingan dan persidangan di peringkat antarabangsa. “Saya sangat terhutang budi kepada seluruh warga FSK, terutamanya kepada Dekan dan mantan Dekan, semua Pensyarah Sains Bioperubatan, Penyelia Projek Tahun Akhir (Dr. Yap Wei Boon) dan Mentor (Prof. Madya. Dr. Jacinta) yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dalam mengimbangi pelajaran dan aktiviti yang saya sertai.

“Buat ahli keluarga saya, terutamanya ibu dan ayah, Zaharah Husin dan Mohamed Awang, kakak-kakak Zubariah dan Zalina, dan adik-adik, Faizah dan Syuhada, serta abang-abang saya, terima kasih tidak terhingga untuk segalanya. Mereka adalah sumber kekuatan saya,” katanya menahan seb@k. Beliau mengakui bahawa semua kejayaan yang dikecapi hari ini bermula dari doa, sokongan, keringat, bimbingan dan harapan semua insan yang berada di sekelilingnya.

Pencapaian cemerlang dalam pelajaran dan juga keaktifan beliau dalam persatuan dari peringkat universiti sehinggalah ke peringkat antarabangsa telah melayakkan Farahana Mohamed menerima Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Konvokesyen UKM Ke-47.

Kredit; Anuar Ahmad & http://www.ukm.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*