Kerana Guna Visa Pelancong Untuk Tunai Umrah, Keluarga Terpaksa Bayar SAR 3, 880.00 Caj Hospital

“Astaghfirullah al-‘Azim. Astaghfirullah al-‘Azim. Astaghfirullah al-‘Azim.” Istighfar panjang makcik ini setelah dapat tahu berapa kos bayaran perubatan yang terpaksa dibayar oleh pihak mereka. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Hati dah remuk dan geram dengan pengusaha travel yang menjanjikan bulan bintang.

“Mana kita nak cari duit sebanyak ini?” ucapnya lagi sambil tangan kanannya diletakkan atas dahi. Merenung nasib di hari esok. Sekali-sekala mereka 4 beranak berpaling melihatkan si ayah yang sedang menahan sak1t atas kerusi roda di hujung sudut sana.

“Tak apalah bayar berapa pun, kita cuba usahakan. Buat masa ni, jangan kasi tahu ayah lagi. Nanti dia makin r1sau,” ujar kawan aku yang merupakan anak kepada pakcik itu. Dialah yang mesej aku minta tolong. Sambil itu juga dia keluarkan dompetnya dan mengira kepingan note yang ada untuk melangsaikan bayaran. Selagi tak bayar, selagi itulah ayahnya itu tak dapat menerima rawatan.

Masa aku mula-mula sampai dekat bahagian kece.masan hospital ini, dah pelik dah. Mereka ada tunjuk resit pendaftaran berjumlah SAR100. Cuma waktu itu aku malas nak tanya lagi itu bayaran apa. Takut mereka pun makin r1sau. Yang penting sekarang, nak selesaikan rawatan buah pinggang ayahnya ini dulu.

Sebelum datang buat umrah itu hari, mereka dah survey terlebih dahulu dengan beberapa buah travel yang sanggup uruskan dialisis ayahnya sepanjang umrah ini. Banyak travel yang tolak sebab tak berani nak tanggung ris1ko. Sehinggalah ada sebuah travel ini menyatakan sanggup.

Tiba di Madinah, semuanya kena uruskan sendiri. Pihak travel hanya hantarkan ke bahagian kecemasan sahaja. Tinggallah mereka yang hanya reti bercakap bahasa itik untuk berurusan dengan pihak yang berbahasa ayam. Semua saling mengerutkan dahi.

Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya pak Arab yang berada di kaunter pendaftaran tadi memanggil. Aku segera ke sana. Katanya kena buat bayaran tambahan lagi sebelum rawatan dialisis dijalankan.

“Mereka ni jemaah umrah, datang pun dengan visa umrah. Kenapa nak kena bayar lagi?” soal aku kepadanya.

“Tak, ini bukan visa umrah. Ini visa pelancong,” jawabnya sambil menyelak helaian visa yang sudah siap dicetak daripada internet.

Aku pun tengok. Ya Allah, betullah visa pelancong. Aku dah risau ni. Tapi nak tak nak, terpaksa kasi tahu mereka juga.

Inilah antara perbezaan ketara antara visa umrah dan visa pelancong. Memang harganya murah. Namun segala urusan perubatan bagi pemilik visa umrah, ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi. Ianya berbeza dengan visa pelancong.

www.akubahrain.com.my
www.akubahrain.com.my

Setelah ditambah tolak, jangkaan jumlah bayaran yang kena bayar untuk 4 kali dialisis di sini adalah SAR3880. Makcik tadi dengan sendirinya kira. Termenung panjang dirinya. Bayangkan harganya dah separuh pakej yang mereka bayar dekat travel.

Sepatutnya pihak travel dah berjaga-jaga bila dah tahu ada jemaah mereka yang akan jalani rawatan sepanjang di Mekah dan Madinah. Orang yang sak1t buah pinggang ini, rawatan dialisis mestilah dibuat sekitar 3 hari sekali. Itu mesti. Cuma untuk kes ini, aku harap mereka dapat klaim nanti.

Jadi, aku rasa sebelum nak pilih mana-mana travel untuk ibadah umrah nanti, pastikan terlebih dahulu tanya, guna visa umrah atau visa pelancong? Yang ini paling penting. Kadang-kadang ada yang tak nyatakan dalam iklan.

Jika guna visa umrah, segalanya ditanggung dan diuruskan oleh pihak travel dan muassasah termasuklah rawatan di hospital. Kalau visa pelancong pula, lain. Boleh kalau guna insurans sendiri, cuma kena cari hospital mana yang cover.

Kadang-kadang harga pakej dah mahal 7 ke 8 ribu. Tapi duduk hotel jauh. Guna pula visa pelancong yang mana harganya lebih murah berbanding visa umrah. Memang cari untung begini. Kalau pihak travel sanggup nak tanggung segalanya tak apa, ini mereka lepas tangan. Yang mer@nanya, jemaahlah.

Moga kita semua dijauhkan daripada kesulitan ini. Kawan aku ada duduk dalam satu travel ni. Katanya masa mula-mula visa pelancong diperkenalkan dulu, memang pihak mereka gunakannya untuk jemaah. Murah. Namun setelah ada beberapa jemaah yang sak1t, banyak ris1ko yang mereka kena tanggung. Jadi mereka kembali gunakan visa umrah.

Agensi travel sekarang ini dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak sangat, bermacam-macam jenis. Jadi kenalah pandai pilih untuk kelesesaan diri sepanjang perjalanan. Supaya diri juga tak kena t1pu.

Kredit; Najmi Farisham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*