“Aku nak mai jumpa Nabi ni, Nabi nak jumpa aku dak?” – Sebuah Kisah Hebat Seorang Bekas MB

“Jom teman aku ziarah Nabi ﷺ sat.” Kedengaran suara Ustaz Azizan di hujung telefon mengajak saya menziarahi Mak@m Nabi ﷺ. “Insya-Allah, boleh, ustaz. Sekejap lagi saya pergi ke bilik untuk ambil ustaz,” balas saya. Sebaik sampai di hadapan bilik beliau, saya mengetuk pintu sambil memberi salam. Dari dalam, kedengaran suara beliau menjawab salam sambil membuka pintu.

“Nak buat apa wheel chair ni? Awat, hang ingat aku tak larat ka?” Ustaz Azizan memberi respon dengan nada yang agak tinggi. Seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya bersama kerusi roda untuk menolak beliau.

“Biar saya tolak ustaz. Nanti ustaz tak letih sangat. Ustaz boleh simpan tenaga. Banyak lagi ibadah kita nak buat.” Saya memujuk beliau.

“Kalau orang tengok, nanti apa orang kata kat aku? Menteri Besar tak larat, naik wheel chair.” Beliau memb1das.

“Ustaz tutup muka. Orang tak kenallah,” balas saya dengan nada bergurau.

“Pandai hang no.”

Kami sama-sama ketawa memecah kesunyian laluan di bilik hotel berkenaan.

Akhirnya beliau bersetuju untuk menaiki kerusi roda yang ditolak oleh saya. Sengaja saya mahukan beliau untuk berkerusi roda bagi memberi kerehatan kepada beliau. Selain itu, inilah peluang buat saya berkhidmat kepada seorang ketua yang saya anggap seperti ayah saya sendiri. 

Meski beliau dikenali sebagai seorang yang gar@ng, layanan mesra beliau terhadap pegawai-pegawainya amat istimewa, ibarat seorang ayah terhadap anaknya. Dalam ketegasan, terselit kelembutan.

Setelah beliau mengambil tempat duduk di atas kerusi roda, saya mula menolak beliau ke muka pintu lif. Ustaz Azizan menutup kepala beliau dengan kain serban sehingga menutupi wajahnya. Sepanjang perjalanan dari hotel ke makam Nabi ﷺ, kami disapa sebanyak dua kali.

Seorang yang menegur kami memperkenalkan dirinya berasal dari Negeri Perak. Beliau bertanya perihal kesihatan ustaz, dan bilakah ustaz sampai di Madinah. 

“Ramai kawan hang di sini.” Ustaz Azizan bersuara kepada saya.

“Laaaa. Saya tak kenal, ustaz. Saya ingatkan kawan ustaz,” balas saya dengan nada penuh kehairanan.

“Laa. Aku pun tak kenal. Aku ingat kawan hang,” balas ustaz Azizan.

Kami kehairanan.

“Jauh lagi ka?” tanya Ustaz Azizan kepada saya. Nada suaranya berubah. Saya merasakan suatu kelainan pada nada suara beliau. “Nak sampai dah, ustaz,” balas saya. Tiba-tiba, saya terdengar es@kan tang1s. Tersedu-sedu. Saya k@get. Tang1sannya semakin kuat. Saya terus menolak beliau tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tetapi dalam hati, timbul seribu satu persoalan tentang sebab musabab beliau menang1s.

Sebaik tiba di hadapan pintu Babus Salam, saya berhenti menolak kerusi roda tersebut. Saya bergerak ke hadapan sambil merendahkan badan. Kelihatan a1r mata beliau mengalir laju. Saya sendiri mulai seb@k.

“Ya Rabbi…,” hati kecil saya berbisik. Tiba-tiba seb@k menerkam dada. “Ustaz, ada apa-apa yang tak kenakah?” tanya saya dengan nada s@yu. Beliau menggeleng. “Kenapa, ustaz?” Saya bertanya lagi. Saya sendiri menahan seb@k melihat beliau menang1s.

Gelengan beliau semakin kuat. Seperti budak-budak sedang menang1s. A1r mata beliau mengalir laju membasahi pipi. Beliau enggan menyatakan kenapa beliau menang1s. Saya terus mendes@k. “Kenapa ni, ustaz?” tanya saya lagi.

“Aku nak mai jumpa Nabi ﷺ ni. Nabi ﷺ nak jumpa aku dak?” Tang1san beliau semakin kuat.

“Ya Allah… .” Saya tersent@k. Perasaan sy@hdu tiba-tiba menusuk ke dalam diri. Tidak pernah saya terfikir. Dalam keseronokan menziarahi Baginda Nabi ﷺ, adakah kedatangan kita ini ‘disambut’ baik oleh Baginda ﷺ? Adakah kita akan dibangkitkan di Mahsyar nanti di belakang Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ? Adakah Baginda ﷺ  akan mengaku kita sebagai umatnya dan layak menerima syafaat daripada Baginda ﷺ?

Saya tergam@m buat seketika. Sepanjang tempoh datang ke Bumi Madinah, tidak pernah saya mendengar kata-kata sedemikian daripada mutawwif yang membimbing jemaah umrah mahupun haji. 

Dari jauh, gelagat kami diperhatikan oleh pengawal Pintu Babussalam. “Hajji! Hajji!” Pengawal pintu memanggil kami sambil memberi isyarat mengarahkan kami masuk menziarahi Makam Rasulullah ﷺ. Saya terus menolak beliau dalam suasana sy@hdu. Saya membiarkan beliau terus melayani perasaan sed1h sehinggalah kami selesai melawat Mak@m Nabi Muhammad ﷺ. 

Di saat saya menziarah Makam Baginda ﷺ kali ini, terbayang-bayang kelibat saya menolak beliau menuju ke Pintu Babussalam. Tidak dapat saya lupakan tang1san beliau sambil berkata“Adakah Nabi ﷺ mahu berjumpa aku? Apakah Nabi ﷺ mahu mengaku aku sebagai umatnya?” Saya terpana.

“Ya Allah, kau ampunilah d0sa-d0sa Allahyarham Ustaz Azizan Bin Abdul Razak. Kau bangkitkanlah beliau di akhirat kelak sebagai umat Baginda Nabi ﷺ. Kau kurniakanlah syafaat Baginda Nabi ﷺ kepada beliau. Ya Allah, Kau pertemukanlah aku dengan beliau di syurga-Mu nanti, ya Allah.”

Kredit; Zakaria Othman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*