Aktiviti Buang Masa, Tonton Youtube, Berbaring Tanpa Tujuan Tertentu Boleh Buat kita Jadi BOD0H

Foto ihsan iluminasi

Saya suka baca jurnal saintifik. Satu hari sempat baca 20-30 artikel. Ada yang skimming saja. Ada dibaca detail. Siap buat kiraan sekali. Ada artikel menarik. Ada tidak. Biasalah macam ni kan. Selera berbeza. Ada satu yang selalu menarik perhatian ialah pasal IQ. Terutama pasal IQ turun atau naik. Kalau naik bagus. Macam mana kalau turun. Dari pandai menjadi biasa biasa. Dari biasa biasa menjunam terus?

Boleh ke jadi macam tu? Jawapannya YA. Hasil penelitian Prof Siedfried Lehrl, 14 hari tanpa aktiviti yang beri stimulasi pada otak sebabkan IQ menurun sehingga 20 poin. 20 poin jumlah yang sangat besar. Aktiviti menonton tv (youtube), buang masa, tiada tujuan tertentu, berbaring dan bergolek atas katil dan sofa termasuk dalam kategori ini.

Apa yang berlaku apabila IQ menjunam 20 poin? Kekuatan berbahasa akan hilang. Susunan ayat berterabur. Atur ayat jadi kacau. Nak terang sesuatu pun jadi susah. Maklumat sukar dicerna. Perkara mudah jadi sukar. Lupa menjadi teman setia. Lebih burok lagi ialah Prof Lehrl dapati personaliti juga bertukar.

Soalnya sekarang dapatkah kembalikan semula IQ asal?

Berita baiknya YA. Ambil masa sehingga 4 minggu. Ada ketikanya lebih lagi. Sekiranya kita mahu kembalikan IQ ini, lakukan perkara-perkara berikut:

1. Baca buku. Luar tajuk kegemaran kita. Paling kurang 15min. Baca mesti dengan kefahaman.

2. Selesaikan teka silangkata, Sudoku, main chess dan buat soalan uji IQ.

3. Bersenam. Hanya dengan berjalan laju selama 30min sudah memadai. Berjalan lenggang kangkung ala-ala berkunjung ke pasar malam tidak dikira.

4. Kembalikan tidur kepada 8 jam. Tiada kompromi.

5. Menulis idea. Buat ayat sempurna. Sampaikan pada teman dan keluarga.

Lima cara ini MUDAH dilakukan. Lakukan dengan tekun. Kembalikan semula IQ poin itu.

Kredit; DrRizal Abu Bakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*