Komen Kisah Rumah Tangga Ustaz, Apa Agaknya Ujian Allah Kepada Rumah Tangga Kita Suatu hari Nanti…

Admin ingin mengajak netizen semua supaya menghadam apa yang telah ditulis oleh 2 orang ustaz yang aktif menulis di medsos. Kutiplah ilmu berharga daripada catatan mereka agar kita tidak terjerumus ke lembah d0sa kerana terlalu asyik like, comment dan share…

Komen Kisah Rumah Tangga Ustaz, Apa Agaknya Ujian Allah Kepada Rumah Tangga Kita Suatu hari Nanti…

Abdullah Bukhari Abdul Rahim wrote…

Riuh diperkata tentang seorang Ustaz yang diuji Allah dengan masalah rumah tangga. Ujian itu menjejaskan maruahnya sebagai orang agama. Habis satu dunia berbicara tentangnya. Ada baik, neutral dan burok. Komen burok nampaknya menjuarai carta komen isu ini. Benar! Yang salah tetap salah..

Ayuh kita tadabbur satu ayat… Ketika umat Islam kalah dalam Uhud, Allah ingatkan para sahabat betapa hidup ini ada kitarannya. Ada masa kita menang, ada masa pula kita yang lu.ka berdar@h:

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

Ertinya: Jika kamu (dalam peper@ngan Uhud) mendapat lu.ka (terceder@), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (terceder@ juga dan) mendapat lu.ka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan  hari-hari (dunia ini dengan peristiwa menang dan kalah), Kami gilirkannya antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)… (Ali ‘Imran 3:140)

Hari ini si Ustaz diuji dengan masalahnya…Besok lusa..kita tak tahu apa pula bentuk ujian yang Allah akan timpakan pada kita. Mungkin ujian rumah tangga kita lebih dah.syat daripada ujian ustaz tersebut. Jadi…berpadalah komen atau DIAM sahaja kerana DIAM lebih selamat. Atau lebih baik kita doakan penyelesaian terbaik untuk rumah tangga beliau…

JANGAN BERGEMBIRA DI ATAS KESEDIHAN MANUSIA 

Ahmad Jailani Abdul Ghani wrote…

1. Apabila berlaku perceraian kalangan selebriti, maka berita tersebar luas, termasuk gambar isteri yg terlibat.

2. Ada di kalangan kita, mungkin ingin bergurau, menggunakan gambar terlibat dan berkongsi di dalam whatsapp group sambil bertanya siapa yg berminat untuk mengambilnya sebagai isteri kedua etc.

3. Tergamak hati kita bergurau dan ketawa di atas peristiwa sedih yang berlaku kepada orang lain.

4. Marilah kita belajar menghormati perasaan orang terlibat dan mendoakan agar ujian yang berlaku itu dapat diatasi atau diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

5. Pada waktu yg sama, lihatlah diri dan keluarga sendiri agar ibrah dapat dihayati.

Kredit; Abdullah Bukhari Abdul Rahim & Ahmad Jailani Abdul Ghani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*