Musa Ahmad Dedahkan CH1N PENG Tinggalkan Rakan2 Di Hutan Untuk Bersenang Lenang Di China

Ada yang mempertikai tulisan saya dalam MalaysiaGazette.com bila saya mendakwa sebenarnya Ch1n Peng meninggalkan rakan-rakannya berjuang di hutan belantara sedangkan dia lari ke China dan hidup mewah selama berpuluh tahun di sana.

Saya tidak mereka-reka cerita wahai kawan. Sebenarnya RAHSIA itu telah dibocorkan oleh tidak lain dan tidak bukan Musa Ahmad sendiri, siapa Musa ni?

Dia adalah bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga Komander Rejimen Ke-10. Musa menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada bulan November 1980 setelah berpuluh tahun tinggal di Beijing bersama-sama Chin Peng. Pengakuannya dimuatkan dalam buku berjudul Baling, Membuka Jalan Damai oleh Wahba pada tahun 1994.

Malah Jamaluddin Ibrahim, anak kepada komu.nis Melayu Wanita yang terkenal, Shamsiah Fakeh juga pernah menceritakan perkara yang sama dalam artikel yang ditulisnya di akhbar The Star pada tahun 2013. Terima sajalah hakikat yang Chin Peng bukan saja berjaya membod0hkan tentera-tenteranya, tetapi juga berjaya memperbod0hkan kita yang bersimpati dengan perjuangannya dan Parti Ko.mun1s Malaya (PKM).

Checkmate!

Ch1n Peng bergambar di Medan Tien An Men, Beijing ketika hari-hari awalnya di China.

Artikel terdahulu…

SALAM BERDAR4H…

 

Saya benc1 ko.mun1s bukan sebab ar.wah abah saya seorang anggota tentera yang mengabdikan hampir keseluruhan 30 tahun perkhidmatannya hanya untuk memburu peng.ganas-peng.ganas itu.

Saya benc1 ko.munis kerana mereka bukan saja mengguna senja.ta, tetapi mereka juga menyebarkan benih kebenc1an melalui pemikiran, ideologi, pr0paganda serta ha.sutan agar kita semua yang berbeza agama dan bangsa ini berse.teru dan cur1ga mencur1gai antara satu sama lain bagi membolehkan mereka menguasai tanah air kita ini.

Paling saya benc1, ketua mereka Ch1n Peng hanya pandai mengarahkan anggotanya melakukan kekacauan dan pembunohan di sana sini sedangkan dia sendiri tinggal di banglo mewah siap pemandu dan secretary nun jauh di Beijing!

Dan jika tidak kerana pesan ar.wah abah agar menghormati setiap insan di dunia ini walaupun dia seorang musoh, nescaya saya tidak akan menyambut salam Chin Peng ketika bertemu dengannya dalam satu pertemuan khas di Hatyai beberapa tahun sebelum kemat1annya.

Selepas pertemuan itu, terus terang, saya macam nak samak saja tangan saya kerana saya merasakan telah ‘terpegang’ seekor binatang yang cukup kotor dan h1na! Ketika tangan saya menyentuh tangannya, saya rasa seolah-olah da.rah anggota keselamatan yang gugur dalam pertempuran dengan k0mun1s mengalir dan membasahi tangan kami berdua.

Buat abah, maafkan saya kerana tidak mampu menyambung perjuanganmu mengangkat sen.jata, tetapi selagi nyawa dikandung badan, izinkan saya berjuang menghancurkan perjuangan ke.jam mereka dengan cara saya sendiri. Izinkan saya.

 

Kredit; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*