Muallaf Ini Diusir Keluarga Sendiri, Ditipu Rakan Dan Terpaksa Tinggal Dalam Hutan Di Tepi Lebuhraya

Beliau adalah Abg Mustafa berumur 59 tahun yang ditemui merempat dan pernah tinggal merempat di sebuah rumah kayu lama di dalam hutan tanpa elektrik dan air di tepi highway Ipoh Lumut. Beliau keluar dari hutan itu setelah dipukol individu tidak dikenali. Kini dibawa ke sebuah bilik ofis sementara waktu kerana sed1h melihat keadaan beliau sebelum ini.

Baru 3 tahun memeluk islam dan dihalau oleh isteri dan anak-anak. Hilang pekerjaan kerana ditipu rakan baik sendiri. Pernah tidur di masjid secara berpindah randah kerana tidak dibenarkan pihak masjid untk bermalam dalam tempoh lama.

Sempat bertanya bagaimana Allah berikan hidayah padanya, lalu dikeluarkan sebuah Alquran yang diperoleh dari seorang rakan versi terjemahan bahasa inggeris. Beliau membaca beberapa ayat terjemahan surah Al Imran dan Al Furqan (yang kini dihafal) yang telah menyentuh hati beliau sehingga memeluk islam. Bahasa Inggerisnya sangat baik. Beliau ada potensi menjadi pendakwah kerana cara percakapan dan ingatannya sangat baik.

Beliau ada menceritakan bagaimana pihak gereja pernah memberikan beliau wang dan memujuk untuk kembali menyanyi di gereja. Tidak cukup dengan itu, beliau dih1na kerana hidup lebih susah & merana setelah memeluk islam.

Kepada sesiapa yang bekerja di bahagian Pengagihan atau zakat MAIPK, mohon dapat membantu beliau mendapatkan apa-apa bantuan zakat. Buat masa ini memang beliau tidak dapat bantuan dari mana-mana agensi. Jika ada sesiapa mahu zakat secara individu boleh mesej page KAMI untuk dapatkan maklumat beliau atau berjumpa terus dengan beliau. Beliau kini berada di Ipoh.

Kredit; KAMI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*