PESAK1T Tumbok dan Pecahkan Cermin Mata Pen. Pegawai Perubatan

Ditumbuk Pesakit : apa balasan staf?

Saya berasa amat hairan dengan nilai dan hati budi sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan di hospital. Bagi pesak1t-pesak1t asma, pihak Jabatan Kecem@san menyediakan ‘laluan terus’ yang mana mereka akan diberikan keutamaan untuk terus mendapatkan gas ‘nebulizer’ apabila terkena ser@ngan asma.

Seorang pesak1t asma yang datang dengan ser@ngan asma diberikan tempat duduk dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas membancuh ubat lalu segera menyambungkan alat ‘nebulizer’ ke punca oksigen.

Pesak1t berkenaan mendapat dos nebulizer yang penuh dan setelah selesai menunggu untuk diperiksa semula. Kebetulan PPP tersebut perlu menghantar seorang pesak1t dari zon asma ke zon merah kerana sesak nafasnya agak teruk.

Pesakit tersebut bertanya, “Bila nak periksa saya?”

Oleh kerana pesak1t yang satu lagi agak ten@t, PPP tersebut menjawab, “Sekejap, saya kena hantar pesak1t ke zon merah.”

“Berapa lama? Berapa minit? Berapa jam?” Dia tetap bertanya.

“Tunggu sekejap. Saya kena hantar pesak1t.”

Oleh kerana tidak mahu membuang masa dan memanjangkan ris1ko pesak1t yang perlu mendapat rawatan lanjut di zon merah, PPP berkenaan terus menghantarnya ke sana.

Kira-kira 10 minit kemudian, dia kembali ke zon asma. Pesakit yang menunggu tadi memandangnya dengan mar@h. Dia bangun lalu siku kirinya ‘mengunci’ leher PPP terbabit dan kepalanya ditumbuk hingga bengkak dahinya. Tidak cukup dengan itu, cermin mata PPP terbabit dirampas lalu dia membuka kasutnya lalu menghentak cermin mata hingga pecah.

Kejadian disaksikan oleh doktor termasuk pakar yang berada berhampiran. Ada juga seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam yang nampak dan dia membantu meleraikan PPP dari pesak1t tadi. Polis bantuan dipanggil dan apabila tiba, pesak1t tadi bercakap dengan bahasa yang lebih lembut dari lidah.

Laporan polis dibuat. Begitu juga borang ins1den kegan@nsan. Setiap ins1den kegan@san diselia oleh unit keselamatan pekerja dan diangkat ke pengurusan termasuklah untuk tindakan undang-undang. Kali ini, semua butir mangsa ada dalam kad rawatan hospital. Maka laporan polis berserta nama penuh pesak1t dibuat. Jadi sukar untuk penyer@ng ‘melepaskan’ diri.

Bagaimana staf kecemasan membalas perlakuan ini?

Dia diperiksa semula dan oleh kerana masih ada sisa ‘asma’, gas nebulizer seterusnya diberikan dan dia dirawat hingga asmanya pulih. Walaupun geram dan ibarat kata pakar yang menjadi saksi ‘hati menjadi robek’ melihatkan perlakuan gan@s pesakit itu, profesionalisme tetap dikekalkan sambil menahan mar@h dengan sabar. Bila ditanya samada PPP berkenaan ok, dia tenang dan berkata, “Saya ok doktor.”

Kad dibuka dan PPP tadi diperiksa dan semua keceder@annya didokumenkan. Ini juga akan menjadi bahan bukti di mahkamah. Dia juga dirujuk kepada Pegawai Kaunseling kerana kami khuatir dia tr@umatik terhadap ins1den ini.

Pesak1t sedang disiasat oleh polis dan ins1den ini adalah ins1den jen@yah kerana menyer@ng anggota awam. Kami pasti dia akan dikenakan tindakan undang-undang. Pada masa lalu, ‘penyer@ng’ staf juga telah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan.

Pihak pengurusan HKL amat serius memastikan kes kegan@san di tempat kerja diambil tindakan undang-undang. Sudah ada kes yang did@kwa di mahkamah dan penyer@ng dikenakan tindakan undang-undang dengan bukti yang ada. Tambahan pula terdapat cctv di hospital.

Ke manakah hilangnya nilai peribadi yang mulia di kalangan sesetengah orang? Terima kasih pun tidak kedengaran lagi.

Malah pagi tadi semasa ‘grand round’ seorang pesak1t yang tangan dan lututnya luka telah diberikan rawatan tetapi apabila PPP saya datang hendak memberikan suntikan ubat tahan sak1t, ia disambut dengan kata-kata h1na dan menc@rut kerana tidak cukup segera memberikan ubat tersebut.

“Encik kalau hendakkan rawatan sila tunjukkan hormat kepada staf saya. Kalau you tak hormat dia, you juga tak hormat saya. Dia datang nak tolong awak.”

“Ini bukan tolong! Ini kerja! Dapat gaji bukan?”

Benar kami dibayar gaji. Gaji yang sama hatta melihat jumlah pesak1t yang infiniti jumlahnya. Benar kami dibayar gaji tetapi ‘menjadi hamba abdi’ kepada pesak1t bukanlah dalam senarai tugas kami. Sebelum itupun, saya diberitahu, jururawat yang bertugas sudah menerima kata-katanya yang ‘indah’ tetapi mereka teruskan bekerja.

Bagaimana staf saya membalasnya? Suntikan ubat tahan sak1t tetap diberi. Saya mengulang memberitahunya bahawa kalau hendak dibantu perlu menunjukkan rasa hormat. Hati saya terbakar dan sekali lagi bertanya, “Di manakah hilang kemanusiaan dalam diri mereka?”

Saya tahu kami semua tidak mahu ‘turun’ ke taraf yang amat rendah seperti mereka. Maka kami teruskan memberi rawatan secara profesional. Walaupun ‘hati menjadi robek’, sekurang-kurangnya taraf peribadi kami tidak serendah mereka. Bukankah indah jika pesak1t dan perawat saling hormat-menghormati dan saling faham-memahami dalam situasi kecem@san?

Dalam keadaan ‘robek hati’ ini, terubat juga melihat pesak1t lain yang menunjukkan hormat dan peribadi yang baik semasa rawatan diberi. Tentunya mereka ini mempunyai didikan yang baik dengan nilai peribadi yang mulia dan memudahkan rawatan diselesaikan dengan sempurna tanpa hati yang terluka.

Harga diri manusia diukur bukan dari pangkat dan darjat tetapi dari nilai peribadi yang terlukis dari kata-kata dan perbuatan.

Kredit; Alzamani Mohammad Idrose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*