Jangan Masuk Hutan Tanpa Applikasi Ni…

Wanita Ini Hantar 3 Perkataan untuk Kesan Lokasinya di Tengah Hutan

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui. Kes kehilangan di tengah hutan pasti mer1saukan kita. Apatah lagi bagi individu yang mengalami situasi tersebut. Ditambah pula dengan kawasan hutan yang tidak mempunyai liputan internet atau GPS.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan survival di hutan, tentu dah gelabah nak cari bantuan di mana. Tapi lain pula kisahnya dengan seorang wanita yang hilang di hutan Lundu ini. Beliau hanya menghantar kod 3 perkataan untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari beliau di tengah-tengah hutan yang tiada liputan internet dan GPS.

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Wanita yang bernama Chai Shiaw Fung ini berkongsi detik cem@s semasa beliau hilang di tengah hutan Lundu semasa menyertai Sarawak Adventure Challenge pada 12 Oktober yang lalu. Menurut postingan beliau di Facebook, beliau bersama seorang lagi rakan sesat di hutan tersebut sebelum berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat 3 jam kemudian.

Kod “COLLAPSE . YARDAGE . BROADENING” Tentukan Lokasi Sebenar

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Kod 3 perkataan iaitu “collapse.yardage.broadening” telah membolehkan pasukan penyelamat untuk menemui mereka di tengah hutan tersebut. Menurut Chai lagi, kod 3 perkataan tersebut didapati daripada sebuah aplikasi pengesan lokasi yang bersifat ‘live saving’ yang telah beliau muat turun beberapa bulan sebelum menyertai cabaran tersebut.

Kod tersebut dihantar kepada pengurus beliau yang berada di luar lokasi melalui offline dan kemudiannya ditukar kepada satu koordinat. Koordinat tersebut dihantar kepada pasukan penyelamat untuk memulakan operasi pencarian sehingga akhirnya membolehkan mereka ditemui beberapa jam kemudian. Wah, efisien!

Aplikasi “Live Saver” Ini Telah Digunakan Oleh Polis Eropah

Aplikasi yang diberi nama what3words ini merupakan sebuah aplikasi yang mengesan sesuatu lokasi hanya menggunakan 3 perkataan unik yang telah ditetapkan. Menurut laman web what3words sendiri, mereka telah membahagikan planet ini kepada 57 trillion segi empat dengan keluasan 3m x 3m dan menentukan setiap segi ini dengan 3 kod perkataan unik yang tidak akan berubah walaupun kawasan tersebut dirobohkan. Menariknya, aplikasi ini juga boleh digunakan walaupun semasa tiada liputan internet atau GPS.

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Aplikasi ini juga telah digunakan oleh polis Avon & Somerset, United Kingdom untuk mengesan lokasi sepasang ibu dan anak dalam sebuah kemalangan kenderaan di kawasan terpencil di Somerset. Selain itu, United Nations serta Persatuan Palang Merah Filipina juga telah menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lokasi penghantaran bantuan kecemasan dengan tepat.

Mudahkan Operasi Pencarian

Pada akhir postingan, Chai telah menggesa agar pasukan penyelamat, penganjur serta orang awam untuk memuat turun aplikasi ini bagi memudahkan pencarian lokasi serta menjimatkan masa.

Kredit; https://iloveborneo.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*