Sunnah Yang Jarang Diketahui; Cara Rasulullah ﷺ Keluaran Biji Kurma Daripada Mulut

Tahukah anda di antara sunnah Baginda Rasulullah ﷺ yang ditinggalkan di zaman ini? Sunnah tersebut ialah sunnah Rasulullah ﷺ semasa memakan kurma. Rasulullah ﷺ apabila memasukkan sebiji kurma ke dalam mulut, maka bijinya dikeluarkan dan diletakan di belakang dua jari yang digabungkan iaitu telunjuk dan jari tengah.

Rasulullah ﷺ tidak menggunakan perut jari seperti yang dilakukan ramai orang,. Ini kerana untuk menjaga hati tetamu yang makan kurma bersama baginda kerana biji kurma apabila keluar dari mulut, ia bercampur dengan air liur.

Mungkin akan membuatkan orang lain berasa geli, maka bagi mengelakkan situasi begitu, Baginda ﷺ meletakkan bijinya di belakang jarinya tanpa mengotorkan perut jarinya yang digunakan untuk makan. Hadisnya di dalam sohih Muslim ada menyebutkan;

‏في “صحيح مسلم”: ﺃﺗﻲ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ﺑﺘﻤﺮ ﻓﻜﺎﻥ ﻳﺄﻛﻠﻪ ﻭﻳﻠﻘﻲ اﻟﻨﻮﻯ ﺑﻴﻦ ﺇﺻﺒﻌﻴﻪ، ﻭﻳﺠﻤﻊ اﻟﺴﺒﺎﺑﺔ ﻭاﻟﻮﺳﻄﻰ.

Satu kali ada didatangkan kepada baginda Rasulullah ﷺ dengan buah tamar, saat itu Baginda ﷺ memakannya dan Baginda ﷺ mengeluarkan bijinya dengan diletakkan bijinya di antara dua jarinya
iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya yang digabungkan. Di dalam Musnad Imam Ahmad pula ada menyebutkan;

وفي” مسند أحمد”: كان رسول الله يأكل التَّمر ويضع النّوىٰ على ظهر أصبعيه ثمّ يرمي به.

Dahulu pernah baginda Rasulullah ﷺ memakan buah tamar lalu Baginda ﷺ meletakkan bijinya di belakang dua jarinya kemudian Baginda ﷺ membuangnya.

Kredit; Harun Mohd Shah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*