5 Tips Nak Elakkan Adik Beradik Bergadoh

Tips 1 : Pertama sekali kena tahu ianya normal untuk adik beradik bergaduh (sibling rivalry) asalkan ianya tak keterlaluan. Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten dan jangan putus asa. Ianya sebuah proses.

Tips 2 : Jangan salahkan (blaming) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan. Bersederhana dan bersikap adil lah.

Tips 3 : Jangan gunakan emosi yang keterlaluan ketika meleraikan pergadohan. Kita sendiri kena tenang dahulu. Baru anak anak kita pun boleh ikut tenang dan tak menyimpan dend@m

Tips 4 : Jangan tengok secara permukaan sahaja. Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergadoh. Mungkin mereka sedang dahagakan ‘connection & attention’ daripada kita

Tips 5 : Jangan amalkan Favouritism. Jangan pilih pilih kasih tak kisah la anak kita lelaki ke perempuan ke sulung ke bongsu ke. Anak kita sama je. Semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita juga.

p/s : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing masing juga

Kredit; Taufiq Razif

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*