Ada Cubaan Selesai Jalan Belakang Kes Pemandu Bas Terlibat KEM4LANGAN MAUT Di P. Pinang

SEPULUH ORANG ‘CALL’ SAYA MINTA SETEL KES PEMANDU BAS:PENGUATKUASA

TAK tau nak kata apa bila dengar pegawai penguatkuasa terima arahan dan pesanan ghaib daripada pegawai lain nak runding kes membabitkan seorang pemandu bas positif dad@h dan mahu ia diselesaikan jalan belakang. LETIH muka pegawai tu bila cerita kat aku yang lebih 10 pegawai dan penguatkuasa lain telefon dia agar tidak memanjangkan kes itu.

Dalam keadaan tekanan, dia bagitau terpaksa mengabaikan panggilan yang dibuat kerana rata-ratanya mahu mencampuri urusan siasatan dengan menggunakan pelbagai alasan termasuk ada yang mengaku bersaudara dengan saspek. TAPI member aku ni solid, tak makan dek pujuk dan arahan daripada orang yang tak berakal tu, kerja hakiki tetap jalan, saspek pun dah ditudoh.

NAK dijadikan cerita, tak tau la ni salah ka dak, dalam mahkamah tadi, lawyer tertudoh boleh kata saspek ada tiga orang anak sebab nak kurangkan jaminan padahal sebelum ni dia hanya kahwin TUJUH jam sebelum berpisah dengan bekas isteri dia, sebab tak setuju dengan pilihan keluarga.

AKU tak paham, sapa betoi sapa salah, takkan nak t1pu dalam mahkamah kot. LEPAS tu mamat ni ada kes jenay@h lampau, juga tersenarai sebagai orang yang dikehendaki Polis.

MEMBER aku masa cerita tadi, dia kata dia tak tergamak nak dengar arahan tahyul supaya kes ni dibuang, sebab dok bayang muka mak arw@h budak 16 tahun yang men1nggal sebab kena langgar dengan bas saspek.

BETOL la orang cakap, kita bila ada kuasa ni, moral dan humanity pun kita dah tak kisah, asalkan matlamat kita tu tercapai, maka orang yang member aku cerita ni memang cel@ka. LAGI sak1t hati bila hang dapat tau dia dapat bayar wang jaminan RM12k pastu tengok dia jalan berlenggang keluar dari mahkamah tanpa gari, nak buat macam mana, itu kaedahnya kan.

TADI aku sempat tapau nasi lemak kat member bertugas di Majistret Balik Pulau, dan ‘first time’ tahu yang kita takleh bimbit makanan dalam kompleks mahkamah, itu pun sebab mak guard sound, hahaha…

Kredit; Shamsul Munir Safini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*