Media Prima Pula Bakal Mengurangkan Bilangan Pekerja?

“Media Prima posted a net loss of RM8.83 million for the second quarter ended June 30, 2019 (2QFY19), its second consecutive quarter in the red, amid lower contribution from the traditional revenue segment such as publishing and television networks” – THE EDGE

APALAH masa depan industri media di Malaysia agaknya….? Selepas Utusan Malaysia, kini gergasi media Media Prima yang memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, NTV7, 8TV dan TV9 pula berhadapan dengan masalah kewangan yang cukup meruncing. Kumpulan itu juga adalah pemilik The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, penerbit terbesar tiga akhbar nasional Malaysia – New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Terbaru, Media Prima bakal melaksanakan ‘transformasi perniagaan dan penstrukturan semula dalaman’ mereka. Sedap bunyi ayatnya, tetapi bahasa mudah, ramai petugasnya akan berhadapan dengan PEMBERHENTIAN KERJA! Ia akan membabitkan siapa masuk kemudian akan keluar dahulu atau LIFO (Last In First Out) dan juga berdasarkan beberapa faktor, antaranya kesihatan dan disiplin.

Ini akan membabitkan setiap jabatan, termasuk kakitangan mahupun pihak pengurusan. Ada unit yang akan dikecilkan dan ada unit yang akan ditutup. Apapun diharapkan pihak pengurusan Media Prima dapat memastikan kakitangan yang terlibat mendapat pampasan dan pembelaan yang sewajarnya. Cukup-cukuplah kita menyaksikan tangisan dan airmata petugas Utusan Malaysia yang hilang kerja dan dibiarkan terkapai-kapai begitu saja.

Doa saya bersama mereka…

Sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*