Hentikan Sebaran F1TNAH Video KAF1R Masuk Masjidil Haram.

1. Video yang tersebar luas kononnya orang bukan Islam boleh masuk bebas ke Masjid al-Haram Makkah berlesenkan visa pelancong ini hanya t0hmahan l1ar yang berniat bur0k.

2. Orang yang boleh memahami bahasa Arab pasti faham dengan suara perakam video yang jelas menyebut kesemua mereka itu baru sahaja memeluk Islam dan terus dibawa untuk menjenguk Baitullah. Suara tersebut menjelaskan kegembiraan tidak terhingga mereka sehingga terpana melihat kiblat umat Islam itu.

3. Mereka yang biasa di bumi Haramayn pasti tahu betapa ramai non-muslim yang saban hari memeluk Islam di sana dan mereka kemudiannya ditaja oleh individu perseorangan atau mana-mana badan untuk melakukan umrah demi meraikan pengislaman mereka. Itu perkara biasa di sana! Saya pernah dikhabarkan salah sebuah badan dakwah di Riyadh, adakala beratus pekerja luar yang bukan Islam memeluk Islam pada satu-satu masa hasil aktiviti dakwah yang aktif dan berkesan di sana. Mereka kemudian akan dibawa ke Makkah dan Madinah sebagai pelengkap dakwah.

4. Jangan kerana rupa mereka yang ‘bermata sepet’ terus dibuat spekulas1 sebegitu. Jangan juga kerana tidak berjubah terus dianggap bukan Islam seakan tidak pernah ke Tanah Haram memahami  kepelbagaian bangsa dan budaya jutaan atau ribuan manusia yang datang ke sana.

Inilah videonya…

Sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*