3 Wanita Diuji Dengan KEL4PARAN Selama 2 Hari

Kami mendapat mesej dari FB kami malam semalam selepas Maghrib. Dan mesej ini datang bertalu2 meminta untuk pertolongan untuk mereka yang tak makan dan perlukan duit bagi mendapatkan pekerjaan di KL. Tanpa memikirkan apa2 kami terus gerak ke Klang dan menghubungi sahabat kami Bro Ali. Mereka 3 wanita yang berumur dari 36-42 tahun dan mereka dari negeri lain2. Ditemukan masa berkerja sebagai pegawai keselamatan di Johor.

Selepas berjumpa dengan mereka, macam2 yang bermain dalam fikiran kami. Mungkin sebab penampilan mereka, mungkin sebab tempat yang kami jumpa mereka. Tapi apa pun kami tidak bur0k sangka dan terus membawa mereka untuk makan dulu.

Ada sebabnya Allah mengizinkan kami berjumpa dengan mereka. Selepas makan, kami memberi nasihat dan sedikit pencerahan ilmu islam. Mungkin apa yang mereka buat salah dari segi agama tapi ia adalah kerja setiap pendakwah untuk memberi nasihat untuk mereka berubah ke jalan Islam.

Yang penting kita dapat menyampaikan tanpa apa2 bur0k sangka tapi membantu mereka dan mendoakan mereka akan berubah. Ujian mereka memberi peringatan dan memberi satu tit1pan inspirasi bagi kita memahami setiap sahabat yang diuji.

Selepas memberi sedikit bantuan, kami sempat berbual dengan sahabat kami, team inspirasi Mualaf Klang, Bro Ali dan isteri. Ada hikmah di sebalik setiap yang Allah rancang hari ini. Dah lama kami tak jumpa sebab masing2 sibuk dengan kerja dakwah dan santuni mualaf.

Beliau membantu kami untuk santuni mereka yang perlukan bantuan di Klang. Dan dia sendiri giat aktif mengajar, menyampaikan Islam dan santuni sahabat mualaf di sana. Banyak yang kami bual hari ini dan kebanyakan untuk memperbaiki dan bantu sahabat2 mualaf kita. Walaupun masih diuji dengan masalah kakinya dia teruskan buat kerja dakwah.

Semoga 3 wanita ini dirahmati, dilindungi, diberi peluang hidayah di dunia Akhirat. Aameen

Sumber; Inspirasi Mualaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*