Nekad Tempuhi RUSOHAN Dan Sekatan Polis Hong Kong Untuk Tanya Pasal Islam, Akhirnya Bersyahadah

Alhamdulilah, Allahu Akbar. Selepas solat Maghrib, seorang gadis Cina Hong Kong sanggup menempuh rus0han dan kesesakan lalulintas untuk bertemu dengan kami dj Masjid Ammar Siddick Radju di Wan Chai. Perbincangan kami berlangsung hampir 3 jam di mana beliau bertanyakan banyak soalan untuk mendapatkan kepastian.

Menurut beliau, dahulunya beliau bersekolah di sekolah Katolik dan kerana sering terdedah dengan ajaran Katolik di sekolah, maka beliau menganut agama Katolik memandangkan ramai guru dan rakan sekolahnya juga menganut Katolik.

Namun setelah meningkat remaja, beliau sering tertanya-tanya siapakah #jesuschrist sebenarnya? Adalah beliau ini tuhan ataupun manusia? Andai dia adalah tuhan maka kenapa tuhan begitu lemah mat1 disal1b? Jikalau dia manusia, bagaimana kemat1annya boleh menebus d0sa manusia? Kenapa Adam yang melakukan kesalahan dan saya pula yang berd0sa? Bukankah pepatah Cina mengatakan, ‘Yat Yan Cho Xi Yat Yan Dong’ (individu yang melakukan salah dialah yang bertanggungjawab)?

Maka dia mengambil keputusan untuk tidak dibaptiskan dan tidak lagi mengakui dirinya Katolik namun beliau masih mempercayai kewujudan Tuhan.

Beliau gemar melancong dan juga mengunjungi kelab hiburan serta meminum ar@k tetapi menurutnya entah kenapa secara tiba tiba dua tahun kebelakangan ini minatnya semakin pudar untuk berhibur. Selain itu beliau merasa jemu meminum ar@k dan di atas nasihat guru yoganya yang Belum Muslim, atas faktor kesihatan beliau berhenti memakan daging khinz1r. Soalan paling penting beliau adalah;

Adakah saya telah percaya dan bersedia menjadi Muslim? Adakah Tuhan akan menerima saya? Saya risau saya tidak dapat menjadi Muslim yang sempurna.’

Lalu saya menjawab dengan bertanya soalan… ‘Anda mempunyai alasan yang cukup hari ini untuk tidak berjumpa dengan kami. Anda sanggup mengharungi perjalanan yang jauh, ris1ko rus0han & sekatan jalanraya polis demi hadir bertemu kami. Apakah orang yang tak percaya dan tidak bersedia sanggup melakukan seperti anda?’

Beliau menggelengkan kepalanya sambil berkata … ‘Saya berkata kepada diri saya tadi sebelum keluar dari rumah, walau apapun, andai terpaksa mat1 sekalipun, saya nak jumpa anda juga hari ini untuk mendapatkan jawapan dan membuat keputusan.’

Saya menyambung jawapan saya lagi, ‘Tahukah kamu Allah berfirman (dalam hadis Qudsi) iaitu apabila kita berjalan kepadaNya Allah akan berlari kepada kita? Seperkara lagi Nabi ﷺ bersabda bahawa apa yang kita buat, buat yang terbaik. Sebagai muallaf, buat yang terbaik dan berubah secara berperingkat. Berubah dan maju walaupun 1mm setiap hari dan selepas 10 hari anda akan maju 10mm. Ya 1 mm sehari di sisi manusia bukan tidak nampak tetapi Allah nampak dan tahu kemampuan kita. Buat yang terbaik untukNya.’

Alhamdulilah akhirnya beliau dengan rela hati mengucapkan “ASH-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.” (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruhNya)
.
Barangsiapa yang ikhlas mencari nescaya akan dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. InshaAllah sahabat kita di Islamic Union of Hong Kong 香港伊斯蘭聯會 akan terus membimbing beliau. Doakan agar beliau dikurniakan kekuatan berhadapan dengan kehidupan sebagai seorang Muslim dan doakan juga agar kita dan zuriat keturunan kita menjadi asbab hidayah buat manusia lain. Allahuma Ameen.

Sumber; Firdaus Wong Wai Hung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*