Masya Allah, TG Dr Haron Din – Kebaikanmu tidak pernah berhenti daripada bualan masyarakat

Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah DR. HARON DIN setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN.. Setelah beliau pergi menziarahi keluarga Al Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Harun Din menceritakan… Beliau tidak tahu, pukol berapa Dr. HARON DIN tidur kerana rumahnya sentiasa didatangi tetamu…

Kadang-kadang jam 8 pagi.. kadang2 1 pagi.. dan Dr. Haron Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. Waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr. Harun menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya.

Dr. Haron Din…Orangnya sentiasa dengan al-Quran.. Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali isterinya datang ke biliknya… Dr. Haron Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. orangnya sangat menjaga dan mengeratkan silaturrahim.. dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke Patani…. sangat menjaga mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain…

Beliau membina 10 buah masjid.. di kemboja dan lain2 lagi.. Beliau menginfaq RM 5 Juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN

Waktu ke Amerika.. tiket dibeli untuk dua minggu tapi dalam perjalanannya.. Almarhum Dr. HARON DIN berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak.. anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab jamak.. rupa2nya pada hari ketiga Allah telah menjemputnya…

Ketika Doktor mencabut mask oxigen (maaf tak tahu istilah).. kebiasaannya orang lain akan tercungap-cungap mencari pernafasan. Dengan dada turun naik……..tapi Dr. HARON DIN ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.. malah nurse di situ juga mengakui…Dr. Haron ni, hanya tenang dan menyebut Allah…Allah..Allah.. kemudian mengucap .. semua Doktor yang ada di situ menang1s..kerana belum jumpa orang seperti Dr. Haron Din..

Kata Guru saya lagi… Dr. Haron Din datang daripada keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam .. Ibunya meninggal dunia ketika sujud pada 17 Ramadan. Semua kitab-kitab /BUKU -Bukh Dr. Haron Din diinfakkan ke Universiti Islam Malaysia….

Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr.Haron Din.. Terasa kerdil diri ini…..dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui..

Sumber; Unknown

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*