Tahukah Anda bahawa Boss Hacks dan Jus Sunquick adalah seorang Muslim?

Kalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi kalau aku sebut gula-gula Hacks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahkan. Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama.

Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arw@h Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arw@h sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arw@h menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!

Sumber; Syahril A.Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*