Kerana suami SAK1T, Makcik, 60 tahun bawa Grab sara keluarga

Kisah viral minggu ini melalui akaun fb Fedtri Yahya ketika beliau mengunjungi WP Labuan baru-baru ini adalah mengenai seorang pemandu wanita grab yang berumur sekitar 60 tahun. Pihak Baitulmal mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua warga labuan dan sekurang – kurangnya dengan adanya isu seperti ini banyak pihak yg berkaitan dapat mengambil tindakan segera.

Pihak Baitulmal sempat turun menyantuni makcik yang lebih dikenali sebagai Misnah yang tinggal di simpang 7 kampung Lajau. Makcik Misnah mempunyai seorang suami yang sak1t 3 serangkai, k@nser usus dan pergerakannya agak terbatas dan beliau juga mempunyai seorang anak oku yang dijaganya.

Pada masa yang sama Baitulmal Maiwp telah menyalurkan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM350 sebulan sejak setahun yang lalu bagi meringankan beban keluarga ini untuk meneruskan kehidupan mereka dan anaknya OKU menerima bantuan JKM RM250 sebulan.

Selain itu puan Misnah juga pernah menerima bantuan tambang perjalanan untuk rawatan ke Hospital. Namun pihak Maiwp turut berharap agar lebih ramai golongan muda mudi lebih berusaha mencari pekerjaan seperti beliau tanpa mengharapkan sebarang bantuan.

Kisah beliau sekeluarga boleh dijadikan inspirasi buat semua asnaf yang ingin mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, pihak Baitulmal tiada halangan sekiranya puan Misnah diberikan bantuan yang bersesuaian pada masa akan datang.terima kasih semua.

Amanah anda kami laksanakan.

 

Kredit; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan – MAIWP

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*