Prof Datuk Dr Teo Kok Seong – saya berfikiran terbuka kerana tidak pernah ke sekolah Cina

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong kesal kerana sering dihent@m oleh kaum Cina apabila pendiriannya dikatakan tidak selari dengan kaum itu. Perkara itu bukan baharu, tetapi sudah tahun-tahun lamanya. “Mereka lemparkan kata-kata perg mat1, perkataan bahasa Inggeris “F***, bodoh. Mereka tidak berhujah pun tetapi menghent@m.

“Kata-kata ini dilemparkan sejak saya diminta beri ceramah dan saya pula mengambil pendirian sebagai seorang rakyat Malaysia, bukan pendirian seorang Cina. “Kadang-kadang saya kata-kata diambil oleh media sosial, di bawah ada ruangan komen, mereka hentam saya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui baru-baru ini.

Namun, profesor itu bertindak mengkritik kaum tersebut.

Kok Seong yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Felo Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, pendiriannya itu disebabkan sikap kaum Cina yang tidak betul.

“Saya hentam mereka bukan di media kecil, tetapi rancangan TV AlHijrah, RTM, TV3, saya memilih pentas yang utama,” ujarnya. Kok Seong berkata, sebagai seorang manusia sudah tentu beliau terasa apabila dihentam. “Saya kadang-kadang tidak sengaja nak tengok, kadang-kadang tertengok tetapi anak saya tahu saya dihentam,” tambahnya.

Menurut beliau, kaum Cina menghent@mnya kerana mereka tidak tahu banyak tentang sejarah Malaysia, lalu mereka juga tidak tahu mengenai negara ini. “Mereka ini macam orang asing, masih ada mentaliti pendatang. Apabila berhujah pun nampak sangat mereka tidak ada perikatan kepada negara (belong to the country).

“Macam kenyataan bahasa Melayu tidak penting seperti bahasa Inggeris dan Cina kerana tiada nilai ekonomi. Memang betullah tetapi mereka tidak tahu bahawa bahasa Melayu adalah bahasa negara. “Semua harus tahu bahasa Melayu terletaknya budaya Malaysia, mereka tidak tahu pasal itu sebab tak tahu sejarah, pembentukan negara. Mereka hanya tahu hentam sahaja,” katanya lagi.

Ditanya mengapa pendiriannya tentang Malaysia selalu berbeza, Kok Seong berkata, semuanya kerana beliau mendapat pendidikan di sebuah sekolah Inggeris di Kelantan, langsung tidak pernah ke sekolah Cina. Beliau tidak menafikan, jika dia mendapat pendidikan sekolah Cina walaupun hanya setakat enam tahun (sekolah rendah), pendiriannya tidak mungkin seperti hari ini.

Tegasnya, pendidikan bukan Cina telah menyebabkan beliau sentiasa berfikiran dan berpendirian terbuka, tidak jumud…

Malah, katanya, sejak Tingkatan 4 dan 5, hubungannya dengan para pelajar sekolah Cina dingin. Bahkan, menurutnya, pelajar sekolah Cina juga tidak menyukainya dan rakan-rakan Cinanya yang lain hingga ada yang mengata Kok Seong seperti pisang – berkulit kuning di luar seperti Cina tetapi putih di dalam seperti ‘Mat Salleh’.

“Bagi saya mereka berfikiran sempit, pemikiran orang Cina yang bersekolah Melayu dan Inggeris tidak sama dengan mereka yang ke sekolah Cina, sebab itu kami tidak boleh berkawan,” ujarnya.

Sumber; malaysiagazette.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*