Catatan SAK ini sungguh WIN! Keyboard Warrior cuma ‘Tong Kosong’! Komando bukan Pandu Puteri atau Pengakap!

KECEKALAN ANGGOTA KOMANDO SARJAN MATTHEWS ANAK MEDAN…WALAU KAKI HANCUR DISEKSA DAN DITEMB4K DI DADA, MASIH ENGGAN BOCOR RAHSIA!

Maaf, walau dah berhari Mejar Zahir men1nggal dunia, saya masih tak boleh ‘move on’ dengan 1nsiden tersebut. Bukan tidak dapat menerima kemat1annya, sebagai orang Islam, kita perlu redha. Tetapi komen-komen netizen yang memperkecil dan mengh1na pasukan komando kita hanya kerana 1nsiden berkenaan menyebabkan saya tidak dapat menahan kekecewaan saya.

Keyboard Warrior yang menjengk3lkan…

Saya bukan anggota tentera, jauh sekali anggota unit elit Gerup Gerak Khas (GGK), tetapi sebagai wartawan yang banyak terlibat dalam membuat liputan berkenaan pasukan keselamatan negara, saya cukup ‘terasa’ dengan komen ‘sumbang’ masyarakat yang hanya pandai menekan keyboard komputer dan telefon bimbit.

Seolah-olah mereka tahu SEGALA-GALANYA tentang pasukan tentera, tentang pasukan komando sedangkan hakikatnya mereka jahil dan hanya menulis mengikut perasaan dan logik akal mereka semata. Maaf cakap, mereka ini saya ibaratkan tong kosong yang nyaring bunyinya, tetapi di dalamnya tidak ada apa yang boleh dimanfaat dan dibanggakan!

Sebagai pegawai dan anggota unit elit, mereka perlu menempuh latihan yang adakalanya tak tercapai kewarasan manusia biasa. Ini kerana jika mereka ditangkap atau ditawan musoh, ris1ko yang mereka perlu hadapi juga pastinya di luar kewarasan manusia semestinya.

Jikalau mereka dilatih menggunakan kaedah seperti pengakap dan Pandu Puteri, menembak menggunakan peluru kapur seperti adegan dalam drama Yusuf Haslam, diajar seperti penari poco-poco berlatarbelakangkan lagu Sakitnya Tuh Di Sini nyanyian penyanyi genit Cita Citata dari Bandung… Maaf cakap, apa yang boleh kita harapkan sangat jika negara diserang musoh seperti mana pengg@nas komun1s dan 1nsiden pencerob0han Lahad Datu satu ketika dulu.

Bagaimana latihan menjadikan komando ‘TOUGH’ mental dan fizikal… 

 

Saya ambil satu contoh bagaimana LATIHAN KERAS yang dilalui seorang anggota komando, Sarjan Matthews anak Medan hingga membuatkan musuh ‘mati kutu’ untuk mengorek rahsia negara darinya. Akhirnya kerana terlalu kecewa, mus0h mengambil keputusan untuk membun0hnya tanpa satu maklumat pun yang mereka mampu peroleh dari anggota komando itu.

Begini ceritanya. Dalam Peristiwa Al-Maunah pada tahun 2000, Amin dan pengikut kumpulan itu bertindak mahu menggulingkan kerajaan Malaysia dengan melancarkan peper@ngan. Dalam peristiwa tersebut, empat orang telah menjadi tebosan iaitu tiga anggota keselamatan dan seorang orang awam. Salah seorang anggota keselamatan itu adalah Matthews sendiri.

Ketika ditaw@n, Amin telah berusaha keras untuk mengorek rahsia daripada Matthews terutama mengenai strategi pasukan keselamatan negara untuk menewaskan pasukan mereka. Saya ulang kembali apa yang disebut anggota Cawangan Khas, Sarjan (B) Mohd Shah Ahmad, anggota keselamatan yang terselamat dan saksi terhadap apa yang berlaku pada Matthews, anak jati Nanga Tada, Kanowit, Sarawak ini.

Ikuti kisahnya…

SEDANG saya sibuk menggali, saya ternampak seorang lelaki berceloreng tentera dibawa masuk. Anggota m1litan lain mengekori dari belakang sambil meng@cu senj@ta ke arahnya. Melihat pada pakaian, saya tahu anggota itu daripada unit Komando Tentera. Tertera di dadanya, Matthews. Saya yakin anggota keselamatan sudah mula masuk untuk menyelamatkan kami.

Apabila sampai di depan Mohd. Amin, anggota tersebut terus disiasat;

“Masuk dengan siapa? Berapa orang?” tanya Mohd. Amin dengan suara lantang.

“Datang seorang,” jawab tentera itu.

Tapi Mohd. Amin tidak percaya.

“Tipu! Mana boleh datang seorang!” tengking Mohd. Amin yang mula menyinga.

Akibat tidak memberi kerjasama, Mohd. Amin mula bertindak gila.

Di depan mata saya, dia melepaskan temb@kan ke kaki tentera tersebut. Dar@h mula mengalir keluar. Kaki Matthews menggeletar menahan sak1t akibat bisa pelurru.

“Bagi tau aku, masuk dengan siapa? Berapa orang?” soal Mohd. Amin lagi.

Tapi Matthews tetap dengan pendiriannya. Jawapannya sama, masuk seorang diri.

Itu membuatkan Mohd. Amin bertambah berang dan melepaskan temb@kan ke sebelah kaki lagi. Dar@h memercik membasahi celoreng.

Pun begitu, anggota tentera tersebut masih tegap berdiri dalam keadaan kaki yang menggeletar menahan kesak1tan.

“Temb@k! Bun0h dia!” arah Mohd. Amin.

DAMMM!

Satu das temb@kan dilepaskan dalam jarak dekat. Kali ini tepat mengenai dada. Matthews hilang imbangan sebelum tersembam ke tanah. Kemudian, dia kaku tidak bernyawa. Pantas saya dan Sanghadevan mengangkat mayat Matthews yang sudah kaku berlumuran dar@h dan dalam keadaan sed1h, kami masukkan ke dalam kub0r yang kami gali. – SARJAN (B) MOHD SHAH AHMAD

Nampak tak ‘kedegilan’ Matthews yang walaupun diseksa sampai hancur kakinya, dia tetap ‘tidak berganjak’ dan tidak membocorkan walau satu maklumat pun pada Mohd. Amin dan konco-konconya. Sebab itu, kita janganlah terlalu cepat menghuk0m mengenai peristiwa yang menimpa Mejar Zahir. Memang itulah cara mereka, cara seorang anggota komando berlatih dan dilatih.

Pelurru hidup adalah ‘makanan ruji’ mereka setiap hari. Itu belum lagi latihan ‘dider@’ dengan mengunakan peneraj@ng dan pen@mpar! Memang kita tak faham dan tak akan faham corak latihan yang mereka lalui apatah lagi SOP yang mereka perlu ikuti.

Seperti yang saya sebut tadi, kerana dilatih sebegitu rupalah, anggota komando seperti Matthews tetap teguh untuk tidak membocorkan rahsia pasukannya pada musuh biarpun diseksa dengan sebegitu teruk hingga melayang nyaw@nya.

Kesimpulannya di sini, biarlah komando dengan dunia mereka. Tahulah nanti bagaimana pemerintah pasukan itu menambah baik apa yang kurang untuk memantapkan pasukan tersebut dari masa ke semasa. Kita boleh menegur dan memberi pandangan tetapi janganlah keterlaluan kerana ‘KITA BUKAN MEREKA’.

Salute kepada mendiang Matthews, salute kepada arw@h Mejar Zahir dan semua perwira yang sanggup mempertaruhkan ny@wa tanpa mengira apa juga unit dan pasukan mereka.

GEMPUR WIRA! GEMPUR WIRA! GEMPUR WIRA!

Sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*