Masuk Islam kerana kawan masuk Islam sudah jadi baik..

Hidayah milik Allah s.w.t…

Hanya kerana kawannya telah menjadi seorang yang baik selepas masuk Islam, beliau membuat keputusan untuk turut melafazkan syahadah. Masya Allah,  itulah yang terjadi kepada seorang hamba Allah. Lihatlah betapa besarnya kesan daripada akhlak umat Islam yang terpuji sehingga bukan sahaja mampu menjentik hati non Muslim untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam bahkan terus menjadi seorang Islam.

Demikian juga jika seorang Islam menunjukkan akhlak yang burok seperti tidak solat dan puasa, pemarah, sombong dan mengkh1anati umat Islam yang lain. Jangan harap seorang non Muslim boleh tertarik dengan Islam walaupun agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.

Sudah banyak kita dengar kisah pengIslaman non Muslim yang mengatakan bahawa jika melihat kepada akhlak sebahagian umat Islam di Malaysia, tidak sesekali terlintas di hati mereka untuk mengenali lebih lanjut pasal Islam, apatah lagi untuk menukar agama mereka.

Amir Ng menulis…

Hidayah milik Allah s.w.t. Masuk islam kerana kawan masuk islam sudah jadi baik..
Masya Allah..pelajar telefon saya kata kawan dia ingin nak kembali kepada islam.. Alhamdulillah selepas program di masjid wilayah terus ke selayang.

Syukur Alhamdulillah.. Selamat pulang ke agama fitrah buat saudara baru saudara Foo Cong Fatt nama islam Muhammad Taufiq Foo Chong Fatt. Beliau melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid Al Firdaus Selayang selepas zohor dan berdaftar di Majlis Agama Islam Selangor Gombak pada pukul jam 4.45pm sebentar tadi.

Semoga Saudara Muhammad Taufiq Foo akan dipermudahkan segala uruskan, diberkati Allah Dan beristiqomah selalu ke arah jalan yang diredhai Allah. Insha allah.. Aminn

Sumber; Amir Ng

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*