Viral Pakcik Homeless di TBS kerana jaga anak eksiden PALSU?

Benarkah kisah seorang pakcik katanya dari Kuala Nerang, Kedah yang dah dekat sebulan homeless kat KL sebab tunggu anak dia yang sekarang dekat ICU HKL itu PALSU dan merupakan seorang SCAMMER? Dia mendakwa anaknya student UIA gombak, last semester degree. accident kena langgar naik motor. yang memberitahu bahawa anaknya seorang mahasiswa di UIA.

Ikuti catatan Uncle Kentang yang dimuat naik di FBnya…

SAYA DI TIPU…..SAYA REDHA.

Kes viral ini saya telah masukkan duit bantuan sedikit ke dalam akaun pakcik. Tak banyak RM 200. Kerana saya simpati dengan pakcik kata anak pakcik meninggal. Dalam hati saya mau masuk RM 700 tetapi saya dengar bisikan hati. Jangan kena scam. Tapi saya dah kena scam!

Tak apa pakcik, saya redha. Ada orang maklum anak pak cik tak mat1….. saya tak sempat nak cek terus masuk wang ke dalam akaun pakcik kerana muka pakcik orang orang baik. Tak apa lah pakcik…. saya halalkan wang tersebut. SAYA BARU TERIMA MESEJ PAKCIK TIADA KEMATIAN ANAK PUN . ENTAHLAH…. aku redha.

Sumber; Kuan Chee Heng

Ini kisah yang telah viral di media sosial…

Jumpa pakcik ni kat tbs. tergerak hati nak sembang dengan dia. katanya dari kuala nerang, kedah. nk dekat sebulan homeless kat kl sebab tunggu anak dia yang sekarang dekat ICU HKL. anak dia student UIA gombak, last semester degree. acc1dent kena langg@r naik motor.

Duit tak ada. kerja menoreh getah je kat kedah. wife dah men1nggal. yang di ICU tu lah sorang je anak dia. saudara mara ada tapi susah nk contact. ulang alik naik lrt je ke hospital n kadang kadang tebalkan muka mintak sedekah dekat orang untuk makan

Menang1s nangis pakcik ni cerita pasal anak dia. paling sedih dia dah redha dengan keadaan anak dia sebab doc cakap 30% je peluang untuk sembuh. “kenapa tak balik kedah pakcik?”. “Pakcik t@kut kalau pakcik balik kedah nnti takut doc call cakap anak dah takde”.

Kalau betul ni keadaan pakcik ni, sesiapa saudara mara dia, kenalan dia tolonglah bantu pakcik ni. sed1h sangat keadaan dia. sampai macam ni peng0rbanan seorang ayah. doakan pakcik ni sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipermudahkan urusan. tak lupa juga doa kepada anak dia.

Aku still fikir apa keadaan pakcik ni. semalam aku tanya dia makan roti gardenia yang 90 sen tu je. kalau tak makan sehari dua tu biasa. aku terkilan sebab aku takde duit nk bagi sebab cukup cukup untuk bayar grab. aku sempat belikan makanan sikit kat dia.

Dia banyak kali ulang bila aku tanya dia. jawapan dia sama je. “Alhamdulillah. Allah kan ada.”

KREDIT TWITTER
ARMYNSYAHH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*