Pengalaman seorang doktor – Terowong MRI Umpama Bayangan AZ4B KUB0R…

Kisah terowong MRI dan Claustr0ph0bic (Klaustrofobik)

Sebagai pegawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyak1t. Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur…

Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI. Sebagaimana yang dah diketahui,
Akan ada banyak bunyi temb@kan semasa imbasan MRI. Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan temb@kan/imbasan.

Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI, Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada terceder@. Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher. Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.

Bayangan AZ4B KUB0R…

Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya. Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan… Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.

Kemudian masuk pula bahagian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya! Bunyi tembakan mula kedengaran. Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek. Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi mcm pukulan kayu. Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyak1tkan.

5 minit pertama, aku okey. 10minit, aku mula rasa nk menelan air liur dan tangan mulai kebas. 15 minit, aku mula sesak nafas, sak1t dada dan tangan semakin kebas. Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi temb@kan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas. Aku mula mengalami h1perventilasi.

Berkali2 aku meramas bola yang diletakkan di tangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat. Ya Allah, aku tidak tahan… Adakah seperti ini himpitan kub0r mu nanti?

Aku tidak tahan. Ingin menjer1t, tapi suara ibarat tersekat di kerongkong. Lemas. Sesak nafas. Sak1t dada.
Bagai mahu diser@ng pan1k (pan1c att@ck) Makin kuat aku meramas bola yang dipegang. MRI dihentikan, aku ditarik keluar. Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.

Setelah ditenangkan oleh juru MRI, Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI.
Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi. Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesak1t yang terkena ser@ngan jantung… Aku Klaustr0fobik… Sessi dihentikan.

Aku tidak mahu teruskan MRI ini. Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, 
maka MRI diteruskan pada petangnya dgn mengunakan ubat tidur (sedation). Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepada pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery. 6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi. Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.

Ya Allah, aku t@kut himpitan kub0rMu…

Di kubur nanti, 
Mana bola untuk aku ramas?
Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia?
Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?

MRI prosedur yang menginsafkan….
MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…

Sumber; Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli.

Kredit; Ummu Muaz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*