Kaum Cina, saya minta baca dengan mata hati, minda terbuka dan akal fikiran

Sempena dengan Bulan Kebangsaan ini, saya ingin mengambil kesempatan dan r1siko ini untuk meminta kaum saya utk sama2 merenungkan apa yg akan sy sampaikan ini nanti. Sebelum itu, anda diminta untuk membacanya dgn mata hati, minda yg terbuka dan ditafsir dgn akal fikiran.

Penguasaan Bahasa Melayu di kalangan Cina sangat mendukac1takan…

Isunya ialah penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan kaum Cina. Melalui pemerhatian terhadap persekitaran sy, majoriti kaum Cina dilihat gagal menguasai BM dengan baik. Cakap hanya sekadar utk org faham dgn bahasa yg lintang pukang. Kenapa ini berlaku? Sedangkan kaum Cina sudah hidup berkurun lamanya di bumi Malaysia ini. Sy sendiri merupakan generasi ke-7 di Tanah Melayu. Tetapi persekitaran kehidupan kaum Cina di Kelantan/ Terengganu mungkin agak berbeza dengan kaum Cina di negeri2 lain. Walaupun bukan semua, tetapi majoritinya begitu.

Kami lebih mahir berbahasa Melayu serta dpt ‘kecek Klate’ dengan baik dan lebih mengerti budaya kaum Melayu berbanding dengan kaum2 Cina di negeri lain. Ini adalah kenyataan. Kenapa? Mungkin sebab populasi Cina di Kelantan/Terengganu lebih sedikit berbanding dengan negeri2 lain dan memaksa mereka utk bercampur dgn kaum2 Melayu setempat.

Boleh jadi juga sebab kebanyakan drp mrk tinggal di kawasan kampung2 dan bergaul rapat dengan kaum2 Melayu tempatan. Ataupun mungkin disebabkan oleh pengaruh ibu bapa yang sentiasa mesra dengan kaum2 Melayu setempat.

Cara menguasai Bahasa Melayu…

So, bagaimana untuk memastikan kaum2 Cina lain juga dapat menguasai BM (pertuturan) dgn baik? Sy berpendapat bahawa, selain drpd kesedaran dalaman diri, ibu bapa perlulah terlebih dahulu sedar akan perkara ini dan memandangnya secara lebih terbuka. Galakkan anak2 supaya sentiasa berkawan dgn Melayu, sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu dengan kawan2 Melayu, mendengar lagu2 Melayu dan sentiasa lah tonton drama/cerita2 Melayu (termasuk berita arus perdana).

Berkawan dengan Melayu tidak semestinya kita akan/kena masuk Melayu (Islam). Segalanya bergantung kpd diri sendiri. Majoriti kawan2 saya adalah Melayu, tetapi sy masih Cina Buddha sehingga kini… cuma sy berkahwin dengan Cina yg mengajar subjek Bahasa Melayu sahaja… 😊.

Dalam sesetengah perkara, sy terpaksa bersetuju dengan Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong. Beliau pernah dgn tegasnya mengatakan bahawa Cina yang tidak pandai bercakap Melayu sepatutnya keluar drp Malaysia!. Maksudnya ialah, sangat tidak masuk akal bagi warganegara Malaysia yang telah sekian lama berada di Malaysia tetapi tidak dapat bertutur BM dengan baik malah ada yang tidak pandai pun bertutur BM! Pelik kan? Pelik, tapi benar.

Disebabkan ini lah Prof. Dato’ Dr. Teo pernah mewarwarkan sekolah 1 aliran pada suatu ketika dahulu yang mendapat tentangan hebat drp kaum2 cina termasuklah saya. Sy tidak setuju bukan kerana sy bersikap perkauman. Tetapi, selagi mana SIKAP PERKAUMAN ini wujud dalam setiap diri masyarakat Malaysia, maka selagi itu lah Sekolah 1 Aliran ini tidak sesuai dilaksanakan. Kenapa? Cukuplah sy sendiri yg memahaminya. Banyak komplikasinya.

Berbalik kpd pokok persoalan. Murid2 Cina biasanya akan ke SJKC dan apabila ke sekolah menengah nanti, tidak semua pergi ke SMJKC. So, akan ada yang masuk ke SMK aliran perdana. Di situ mrk akan menghadapi masalah berkomunikasi dgn rakan2 sekelas Melayu dan guru2 Melayu. Mrk juga akan masuk kelompok2 Cina supaya senang utk berkomunikasi.

Begitu juga apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT nanti. Situasi ini adalah sangat tidak sihat kpd masyarakat majmuk di Malaysia. Sebab itu lah sy menyarankan kpd ibu bapa kaum Cina di Malaysia ini supaya menggalakkan anak2 mereka bergaul dgn Melayu. Mcm mana cara untuk bergaul itu adalah bergantung kpd kebijaksanaan didikan ibu bapa masing2.

Asuhlah anak jadi warganegara yang baik…

Anak sulung sy yang berumur 7 tahun pun sudah pandai bercakap BM dengan baik…juga dapat menguasai bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. So, kita (Cina) sepatutnya berfikir dgn lebih menyeluruh terhadap perkara ini dan bukannya berfikir utk kepentingan diri/kaum kita semata-mata. Ingat, Malaysia ialah negara majmuk!. Cukuplah kita dih1na dgn bermacam2 selama ini. Anda yang buat hal, saya yg tak bersalah juga turut terkena tempiasnya atas nama Cina. Ini adalah TIDAK ADIL!.

Sy menyeru kpd anak2 didik saya terutamanya dan rakan2 kenalan, apabila anda mempunyai anak2 kelak, asuhlah anak2 anda supaya menjadi warganegara Malaysia yang berada di bumi berbilang kaum ini. Siapalah saya untuk berpesan kpd yg lebih tua…nanti ada yang akan cakap “saya terlebih dahulu makan garam drp awak”. Susah nak menyedarkan yg tua ini. Nak membentuk peradaban memang memakan masa yg lama…pun begitu, tidak mengapa. Seribu langkah dimulai dengan langkah pertama. Lebih baik melangkah drp langsung tidak melangkah!.

Kisah benar dari isteri…

Sy ingin berkongsi kisah benar drp isteri sy pada beberapa minggu yang lepas. Terdapat beberapa org pelajar Cina di dalam kelasnya yang tidak tahu pun cuti umum yg mereka dapat itu ialah cuti sempena pertabalan Agong! Siapa Agong pun tak tahu!Agong sekarang ini sultan negeri mana pun tak tahu! Malah terdapat pelajar Cina di dalam kelasnya yang tidak pandai bertutur BM. Setiap kali masuk kelas dia akan mengelak dan sentiasa menundukkan muka ke bawah apabila dipandang oleh isteri saya.

Rupa2nya ialah kerana dia t@kut disoal kerana tidak pandai bertutur BM! Apa yang dia cakap, isteri saya pun tak faham! BM yg sangat teruk (macam mana lulus SPM sy pun x tahu). Dengan itu, setiap kali kelas, isteri sy akan sentiasa ‘attack’ dia. Akhirnya, sekarang ini dia dah boleh bercakap sedikit2. No comment. Anda boleh nilai sendiri mcm mana.

Orang sebegini lah yang kita risau, apabila memasuki alam pekerjaan nanti, mrk juga akan berada dlm kelompoknya yg sama. Apabila berkeluarga kelak, anak2nya juga akan ikut patern yg sama. So, perkara ini akan berterusan dr generasi ke generasi….yg tiada penghujungnya. Sad1s!.

Sy cukup yakin, situasi ini juga turut berlaku di lain2 IPT. So, sekurang-kurangnya dalam bulan kebangsaan ini, mari lah kita sama2 merenungkan perkara ini dengan mata hati dan akal yang waras. Sesekali update status FB dengan menggunakan BM pun bagus juga. Tidak perlu diagungkan sgt dgn BI sampai lupa di mana bumi kita pijak.

Anda boleh mencontohi kaum Cina negeri Kelantan/ Terengganu/Sarawak utk hidup dlm masyarakat majmuk. Usah terlalu terpengaruh dgn org2/cakap2 politik kerana politik Malaysia masih jauh terkebelakang. Kita hanya perlu fikirkan tanah air (Malaysia) kita sahaja. Peace No War

Sumber;  Khu Eian Chun

Kredit; Halimatussaadiah Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*