Adam Corrie – Kalau tak mampu berdakwah, bantu usaha dakwah sampai tanpa halangan

Anda nak tahu kenapa dakwah perlu merentasi sempadan agama dan bukan hanya berlegar di kalangan orang Islam sahaja? Lihatlah pengakuan Adam Corrie, betapa beliau sangat menghargai nikmat IMAN setelah melafazkan syahadah beberapa tahun dahulu.

Apakah anda tidak pernah mendengar pengakuan daripada mullaf bahawa hanya agama Islam agama yang BENAR dan agama-agama lain adalah BATIL? Bahkan Adam Corrie sendiripun berniat dan merasa bertanggungjawab berkongsi KEINDAHAN ISLAM dengan golongan non Muslim…

Inilah cabaran dan dugaan bila DAKWAH kita merentasi sempadan agama namun, dakwah mesti diteruskan walau mendapat TENTANGAN, CEMUHAN dan RINTANGAN! Kerana apa? Kerana hanya Islam agama yang benar! Dakwah Rasulullah saw menyuruh golongan Quraisy meninggalkan sembahan dan agama nenek moyang mereka dan bertauhidkan Islam bukan sahaja dotolak bahkan Baginda dih1na dan dianc@m BUNOH

Ikutilah coretan Adam Corrie.. 

Dahulu saya sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup. Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.

Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut di akhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam. Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. Kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.

Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benc1 Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam. Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan. Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Dah la kita ni malas pergi mencari ilmu.

Tepuk dada. Tanya iman sendiri.

Senyum selalu.Selalu bersangka baik. Insya Allah hati tenang.

Sumber; Adam Corrie via indahnyaislam.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*