Sungguh hebat pemilik bengkel Muslim buka kaunter bantuan barang dapur kepada Asnaf

Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada pemilik bengkel cat kereta di kawasan industri Taman Tasik Jaya, Senawang ini. Jom sokong bengkel ini agar lebih ramai keluarga susah dapat dibantu…

Assalamualaikum..

Sedikit bantuan untuk disalurkan kepada golongan asnaf/sesiapa yang memerlukan bantuan barang dapur boleh lah datang ke syarikat kami untuk memohon bantuan secara terus dan berjumpa dengan cik Farah Izzati. Syarat – syarat;

-Golongan asnaf / terdesak
-Ambil barang-barang yang perlu sahaja
-sekali sahaja dalam sebulan
-bawak ic untuk rekod kami
-tidak boleh pakai wakil

Waktu ambil jam 9am-6pm (waktu bekerja), isi maklumat dengan kerani sebagai rekod kami. Sesiapa yang ingin menyumbang barang dapur untuk keperluan asnaf pun digalakkan. Mohon share untuk pengetahuan orang ramai

Dalam rezeki kita ada rezeki mereka… Kami sebagai orang tengah pemegang amanah. Untuk sebarang kesulitan boleh menghubungi 0196606311 -bob-

Selepas…

Terima kasih kerana membantu kami menghebahkan. Ramai asnaf yang datang hari ni untuk mengambil sumbangan.. kami mudahkan cara untuk membantu asnaf.sekiranya mereka tipu itu antara mereka dengan Allah. 

Terima kasih kepada semua penyumbang.Yang utama jagalah hati kita biar ikhlas beramal kerana Allah. Apa yang datang semua adalah ujian dari Allah.  Doakan kami istiqomah dalam melakukan kebaikan.
sesiapa yang ingin menyumbang barang dapur boleh menghubungi Amirul Haris 0196606311

Bantu kami hebahkan supaya sampai ke orang sepatutnya..

Sumber; KHW NIAGA SDN BHD via Rozmal Malakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*