Tok Mat Hasan; KEMAT1AN Syed Danial sudah ada versi jalan cerita yang dimanipulasikan

Silap hari bulan kes akan masuk inkues dan kita orang Melayu hanya melopong berbulan-bulan menanti keputusan inkues. Sudahnya, lepas tiga empat bulan keputusan inkues masih belum keluar, nanti dah ada kes baru yang terjadi pula nanti.

Ye lah, inkues kes arw@h Adib pun masih belum selesai. Dah keluar kes arw@ah Syed Danial. Ngam sehari sebelum AidilAdha pula tu. Tak sempat beliau nak beraya dengan family. Persoalannya, selepas arw@h Adib dan arw@h Syed Danial, SIAPA PULA? Mungkinkah diri kita sendiri…??

So saya menyeru kepada PDRM untuk berlaku tegas dan tidak meringankan kes ini kerana apapun punca atau p0v0kasi yang berlaku sebelumnya, kita semua dah lihat kemat1an memang diakibatkan oleh lelaki Cina terbabit. Kes kalau dah masuk KK Seksyen 302, saspek sepatutnya tak boleh direman 7 hari sahaja.

Saspek kena ditahan terus di lokap tahanan polis selama kes berjalan dan TIDAK boleh dibiarkan bebas kembali. Jika tidak, maka kes akan jadi seperti kes arw@h Adib di mana pembun0h telah bebas melarikan diri, sedangkan sehingga kini inkues masih juga belum selesai.

Kita orang awam terutama bangsa Melayu dah banyak bersabar. So kali ini kasi desak pihak berkuasa untuk bertindak setegasnya agar nasib keluarga arwah terbela. Para pemimpin politik Melayu juga diseru agar segera maju ke hadapan membela nasib keluarga arw@h.

Korang politikus Melayu patut contohi politikus bangsa asing. Bila ada kes membabitkan bangsa mereka, laju je mereka turun membela. Tengok kes kuil di USJ tempoh hari berapa ramai politikus India membela nasib kaum mereka. Belum apa-apa, mereka dah sound PDRM.

Tengok juga kes pekerja Cina yang mempromosikan arak dan diherdik oleh orang Melayu. Tengok apa politikus mereka buat kepada saspek berbangsa Melayu tersebut??

Tengok pula kes langgar kanak-kanak Melayu berbasikal lajak di Johor tempoh hari. Apa jadi bila politikus mereka turun membela? Saspek bebas sehingga kini hanya kerana berjaya membuktikan beliau adalah OKU.

Takkan nak biar lebih banyak kes seperti ini berlaku? Ni dah lebih 24 jam kes Syed Danial berlalu, belum dengar lagi mana-mana politikus Melayu bersuara nak membela nasib arw@h dan keluarga arw@h.

So persoalan kenapa bangsa Melayu semakin hari dilihat semakin lemah, sebenarnya sedikit sebanyak berpunca daripada perpecahan politikus kita juga. Semua menyepi menikus bila ada kes-kes membabitkan bangsa Melayu.

Ini bukan isu nak menghasut kepada ras1sme, tetapi ini adalah isu di mana jika kita tidak bersatu, mungkin satu hari nanti nasib anak cucu kita sendiri tidak lagi terbela dan mereka mungkin merempat di tanah yang satu masa dahulu pernah menjadi milik atuk nenek leluhur kita.

Bersatulah bangsaku! Tapi bukan masuk Parti Bersatu ye  Ketepikan parti, bila ada kes seperti ini, kita perlu bersatu padu, kerana bila bercerai maka robohlah kekuatan kita. Tsumma Khususan ila ruhi Almarhum Syed Muhammad Danial Syed Syakir, Al-Fatihah… ALLAHummagfirlahu Warhamhu Waafihi Wa’fuanhu…

Sumber; Tok Mat Hasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*