Tulisan jawi; Gempur mereka hingga pulih atau tinggalkan negara ini – Dr Maza

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu masyarakat di negara ini digemblengkan untuk menggempur kumpulan pel@mpau yang menentang pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

“Kumpulan pel@mpau seperti ini sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subvers1f dalam negara. Mereka hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terr0r1sme. “Masyarakat Malaysia hendaklah digemblengkan untuk menggempur kumpulan pel@mpau ini sehingga mereka pulih atau keluar meninggalkan negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, tetapi Dr Mohd Asri turut melampirkan keratan berita Malaysiakini yang bertajuk “Dong Zong rasis, tak pernah setuju apa-apa pun, kata Mahathir.” Bercakap kepada media selepas menghadiri Program Korban di Masjid Al Huda Padang Matsirat, di Langkawi, hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai “rasis” kerana menuduh langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

“Dong Zong ini rasis. (Dahulu) kita buat sekolah satu kampus – Sekolah Wawasan – sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus. “Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu. Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu. “Semua dia bantah. Tak pernah setuju dia dengan apa-apa pun (keputusan kerajaan),” kata Mahathir.

Pada Khamis, 8 Ogos lalu, ketika menyampaikan kuliah di Masjid Alwi, Kangar, mufti Perlis itu berkata, p0lemik tentang tulisan jawi yang timbul adalah disebabkan oleh rasa f0b1a masyarakat bukan Islam terhadap “apa-apa yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam”.

Katanya, hal itu disebabkan wujud salah faham di kalangan golongan itu bahawa tulisan Jawi dianggap seperti mahu mengislamkan mereka, sedangkan tulisan itu bukanlah berkaitan agama. “Kita menyatakan dia tak ada hubungan (dengan agama). Macam songkok, di India pakai, nabi (Muhammad SAW) tak pakai songkok. Baju Melayu, samping, bukan mewakili agama. Ia pakaian melayu.

“Tulisan Jawi itu ialah tulisan bangsa Melayu, tapi sebahagian mereka (bukan Islam) anggap seolah-olah cuba mengislamkan mereka. Ini yang salah. “Dan saya rasa ada macam satu kebenc1an terhadap perkara yang berhubung dengan agama, sehingga (perkara) yang bukan agama pun diasangkakan agama, dan dibenc1,” katanya.

Isu tulisan Jawi menjadi k0ntr0vers1 bulan lalu apabila cadangan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Melayu di sekolah mendapat tentangan akar umbi DAP dan NGO Cina. Ini kemudian menyaksikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah dilaksanakan secara pilihan dan guru diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.

Jumlah muka surat yang melibatkan tulisan Jawi juga dikurangkan berbanding cadangan asal, menjadi hanya tiga muka surat daripada enam.

Kredit; MKini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*