Bapa MUSYKIL punca keceder@an arw@h, doktor sahkan m@ngsa alami keceder@an dalaman di kepala akibat hentaman..

Pemergian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang men1nggal dunia dil@nggar kereta selepas kejadian perselisihan faham dengan pemandu lain di susur Bandar Baru Bangi semalam, memberi kesan kesed1han amat mendalam terhadap ahli keluarganya.

Lebih-lebih lagi tentang masa depan bayi perempuannya yang belum sempat mengenali wajah dan mendapat kasih sayang daripada ayahnya. Kemat1an Allahy@rham secara mengejut dalam keadaan sedemikian adalah sesuatu tidak dijangkakan oleh ahli keluarganya.

Redha dan harap keadilan untuk arw@h…

Namun, bapa mertuanya, Mohd Rozhan Ramli berkata, mereka redha dan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa polis untuk menyiasat tragedi yang menimpa menantu kesayangannya itu. 

“Saya terima keadaan ini (pemergian Muhammad Danial) dan serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan. Saya berharap kemat1annya dapat keadilan sewajarnya.

“Cuma kami sekarang sangat sedih keadaan bayi perempuan dia baru 4 bulan tidak sempat merasai ciuman dan dakapan arw@h. Jadi saya perlu menguatkan diri demi cucu dan anak perempuan saya demi kelangsungan hidup dan masa depan cucu saya.

“Anak perempuan saya (balu arwah) tenang menerima pemergiannya dan kita sebagai Islam menerima qadak dan qadar, sebagai ibu bapa kami yang perlu tabah dan kuatkan diri demi masa depan anak cucu,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas upacara pengkebum1an Allahyarham di Tapak perkuboran Islam Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota di sini.

Arw@h seorang Al-Hafiz dan sangat hormati orang tua…

Mohd Rozhan berkata, Allahy@rham merupakan anak yang baik dan begitu menghormati orang tuanya. “Menantu ini (Muhammad Danial) adalah seorang Hafiz yang hafal al-Quran, sangat hormati orang tua.

“Walaupun dia tinggal dengan saya di sini Bandar Putra,  setiap minggu dia tak pernah lupa bawa keluarga kecil mereka jumpa emak dia Shah Alam dan itu rutin setiap Jumaat selama lebih setahun ini,” katanya sambil seb@k mengenangkan arw@h.

Menurutnya, arw@h dan isterinya menuntut bersama di United Kingdom sebelum mendirikan rumah tangga dan kedua-duanya bekerja sebagai pengurus bank. “Arw@h bekerja sebagai pengurus di Ibu Pejabat Maybank di Jalan Tun Perak manakala anak saya (balu arw@h) Pengurus bank United Oversea Bank (UOB) di Jalan Melaka,” katanya.

Ditanya mengenai 1nsidennya , Rozhan berkata, beliau mendapat tahu mengenai kem@langan yang menimpa menantunya lebih kurang 2 petang semalam dimaklumkan oleh jirannya yang kebetulan melalui lokasi kejadian. 

“Anak bongsu saya menerima berita dari jiran bahawa abang Danial iaitu menantu saya terlibat dalam kem@langan. “Jadi dua anak saya segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengejarnya ke klinik kesihatan Bandar Sri Putra. Mal@ngnya klinik ditutup dan sejurus saya tiba di lokasi didapati mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Nilai. 

Musykil punca kemat1an dan doktor sahkan keceder@an dalaman di kepala… 

“Saya sempat melihat keadaan kenderaan dan tidak ada sebarang pelanggaran serius dan apabila tiba di hospital dan berjumpa doktor, pakar perubatan itu mengesahkan Danial mengalami keceder@an dalaman dan di kepala,” ujarnya. Beliau menyatakan kemusykilannya kepada doktor kerana kenderaannya tidak mengalami kerosakan.

“Jadi doktor yang terkejut dengan kenyataan saya terpaksa buat laporan polis, mengesyaki hentaman kuat pada m@ngsa dan cuba merawat Muhammad Danial. “Namun lebih kurang sejam kemudian menantu saya pergi meninggalkan kami semua,” ujar beliau.

Katanya, semasa kejadian arw@h dalam perjalanan balik ke Bandar Bukit Mahkota dengan membawa piza. “Saya terjumpa Pizza yang dibelinya dalam keretanya di lokasi kejadian semalam,’ katanya seb@k. 

Sumber; malaysiagazette.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*