ZIKRA, puteri Dr Zakir Naik yang bakal menggegar dunia suatu hari nanti

Masya Allah, selama ni admin ingat hanya Faqir Naik sahaja anak pendakwah tersohor dunia, Dr Zakir Naik, rupa-rupanya beliau ada 2 lagi anak perempuan iaitu Zikra dan Rushda. Latar belakangnya Masya Allah, sungguh hebat, beliau sudah menghafal Al-Quran. Beliau sekarang sedang melanjutkan pengajian di Arab Saudi.

Mari kenali Zikra yang bakal mengikuti jejak langkah ayahnya yang hebat suatu hari nanti…

1⃣ Zikra Naik, 22 tahun, merupakan anak perempuan kepada Dr Zakir Naik, seorang pendakwah terkenal. Beliau adalah seorang pendakwah yang bersemangat dalam menyebarkan seruan dakwah pada jalan Allah.

2⃣ Beliau telah mula menyampaikan syarahan ringkas pada usia yang muda iaitu ketika mengiringi ibubapanya dalam kembara dakwah ke serata dunia.

3⃣ Zikra telah menamatkan pengajian pada tahap Cambridge International IGCSE (O Level) dan A Level. Kini beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Princess Noura, Riyadh, Arab Saudi.

4⃣ Zikra berazam untuk memberi inspirasi kepada wanita muda agar lebih mendekati agama.

5⃣ Beliau berpengalaman menyampaikan syarahan di sekolah-sekolah perempuan sekular di Mumbai, India di mana Islam tidak diajar sebagai mata pelajaran, agar dapat memupuk perasaan cintakan Allah dalam hati-hati mereka.

6⃣ Merupakan seorang Hafizah al-Quran dan telah menerima ijazah bersanad dalam Tilawah dan Hafazan Al-Quran. Beliau telah memenangi tempat Pertama dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran kategori 15 Juzu’ di peringkat Universiti yang telah diadakan di Universiti Princess Noura, Riyadh.

7⃣ Beliau juga adalah pemegang tali pinggang hitam karate dan taekwondo.

8⃣ Zikra sangat meminati acara sukan seperti badminton, berenang, ‘jet ski’ dan ‘ice skating’.

9⃣ Beliau juga sangat berminat mempelajari tafsir Al-Quran serta mengkaji makna-maknanya dengan lebih mendalam.

🔟 Beliau berharap agar dapat menggunakan kebolehannya dalam rekabentuk grafik untuk menyampaikan ajaran Allah.

Hebat bukan peribadi beliau? Mari saksikan video tentang beliau (tak dapat dipastikan usianya ketika ini)…

✨ Apa lagi, jom temui Zikra Naik di program Muslimah Students Talk (8 Ogos 2019 | 8.00 Pagi | Dewan YIK) dan Ladies Talk With Mrs Farhat Naik (9 Ogos 2019 (Jumaat) | Kelantan Trade Centre, Kota Bharu | 2.00 petang).

⛔ Tertutup untuk WANITA SAHAJA
📵 Dilarang merakam foto/ video/ audio semasa program sedang berlangsung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*