Re-post; SEMBEL1H binatang; Syi’ar Hari Raya K0RBAN yang ingin dik0rbankan?

1. Saban tahun tatkala umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Adha, pasti ada suara-suara yang seakan tidak senang dengan perayaan umat Islam ini. Isu konon-konon kekej@man haiwan, dan mengusik sens1t1viti agama lain secara terbuka yang sangat menghormati haiwan seperti lembu sering ditimbulkan.

2. Perlu diketahui, Malaysia merupakan negara Islam yang majoritinya masyarakat muslim. Justeru Islam lebih bebas diamalkan di negara ini dengan penuh gembira, harmoni, selesa dan berbangga dengan syi’ar-syi’arnya.

3. Korban di Hari Raya Adha pula merupakan salah satu dari syi’ar Islam yang harus dizahirkan. Firman Allah:

وَٱلۡبُدۡنَ جَعَلۡنَـٰهَا لَكُم مِّن شَعَـٰٓٮِٕرِ ٱللَّهِ لَكُمۡ فِيہَا خَيۡرٌ۬‌ۖ
“Dan Kami jadikan unta (yang dikorbankan serta dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syi’ar agama Allah untuk kamu; padanya itu ada kebaikan bagi kamu” [al-Haj: 36].

Sewajarnya bagi para muslimin untuk menegakkan serta meninggikan syi’ar agamanya sesuai dengan perintah Allah:
ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ
“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang yang beriman)” [al-Haj: 32].

4. Konflik antara isu tunjang dalam agama sememangnya tidak boleh dielakkan. Jika penganut hindu ada tersinggung dengan beberapa hal dalam agama Islam yang dirasakan sens1t1f, begitu juga dengan dengan umat Islam yang ada sensitiviti dengan beberapa perkara dalam agama hindu yang melibatkan akidah, syirik, amalan dan seumpamanya.

5. Di sana terletaknya toleransi dalam konteks yang sesuai dengan suasana dan persekitaran. Jika di India, barangkali masyarakat muslim di sana perlu lebih berhati-hati kerana dengan meng0rbankan lembu barangkali boleh “meng0rbankan” nyawa mereka sendiri.

Jika di Malaysia dan negara-negara Islam lain pula, seharusnya umat Islam mempunyai ‘izzah (kemuliaan) untuk mengamalkan ajaran Islam dan meninggikan syi’arnya yang sesuai dengan nilai-nilai akhlak Islam.
Apa guna hidup di negara Islam, namun azan tidak kedengaran, k0rban terpaksa disembunyikan, orang Islam “segan-segan” nak amalkan sendiri punya ajaran??

6. Justeru toleransi yang boleh ditunjukkan oleh masyarakat non-muslim di Malaysia ialah dengan menghormati majoriti masyarakat muslim di sini yang ingin menzahirkan kegembiraan mereka dengan syi’ar Islam melalui pelbagai cara seperti bergambar, merakam video, semangat bergotong-royong, menggunakan lapangan khas terbuka, memberi daging k0rban kepada orang ramai dan seumpamanya.

7. Hal-hal seperti bergambar dengan haiwan k0rban atau merakam proses k0rban tidak boleh dielakkan, kerana ia sebahagian dari “nature” meraikan kegembiraan pada hari mulia tersebut. Hampir setiap kita suka untuk merakamkan detik-detik gembira yang kita masing-masing lalui. Apatah lagi di zaman kecanggihan teknologi yang memudahkan “moment”nya dikongsi bersama kenal-kenalan yang mungkin tidak disedari ada dari mereka yang belum Islam dan sensitif.

Setakat ini saya belum lagi menemui pada gambar-gambar atau video-video yang sahabat-sahabat saya kongsikan terdapat unsur-unsur yang mengh1na agama lain seperti melakukan pr0v0kasi agama… Tiada! Jika ada, kami umat Islam sendiri akan mengec@mnya!

8. Namun setinggi mana toleransi yang telah ditunjukkan oleh umat Islam terhadap masyarakat agama lain di negara ini, bahkan sehingga satu-persatu agama sendiri “dik0rbankan”, namun tetap jua syi’ar agama itu tidak akan disenangi sehinggalah tiada lagi syi’ar agama yang tertegak atau diamalkan.  Hakikatnya: “Mengamalkan ajaran Islam itu membunoh toleransi!”.

Bukankah dalam takbir raya, kita sendiri ada disebut:

وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيّاهُ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Dan kami tidak menyembah kecuali Allah dengan penuh keikhlasan; bagi-Nya adalah (kepatuhan) agama, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian)”??

Sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*