Dr. Rosli Abd Jalil. – Ini sebab tak boleh guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging K0RBAN!

Dr. Rosli Abd Jalil.

TIADA PAKSAAN UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN PLASTIK SAMPAH HITAM KITAR SEMULA!

Saya menulis berpandukan bacaan dan pengetahuan tentang keburukan plastik sampah hitam kitar semula. Di negara maju seperti USA, Canada dan beberapa negara Eropah mereka telah mengharamkan penggunaan plastik sampah hitam kitar semula untuk digunakan sebagai pembungkus makanan dan yang saya tulis TIDAK SESUAI untuk digunakan ketika membungkus daging k0rban.

Kajian di USA mendapati plastik kitar semula (recycled plastic) semula mengandungi bahan kimia BROMINE DAN PLUMBUM. BROMINE adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit k@nser, perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan PLUMBUM pula penyebab k@nser.

Atas faktor di atas juga, Negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam kitar semula (Berita 27 Julai 2019) untuk digunakan sebagai pembungkus makanan termasuk daging k0rban. Fikirkanlah bahawa Islam sangat menggalakkan kebersihan dan mengutamakan kesihatan untuk penganutnya!

Sila baca pautan ini  https://m.cnnindonesia.com/…/warga-diminta-tak-pakai-kresek…

Artikel terdahulu…

Jangan guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban!

Pesan kepada AJK Masjid, pesan kepada AJK k0rban, dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha nanti,JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging k0rban. Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah, BUKAN untuk bungkus daging atau makanan,

Plastik hitam dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran! Di samping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemprosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan k@nser dan sangat toks1k kepada tubuh badan kita.

Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan memb@hayakan pada tubuh badan kita.Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.

Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban. Islam menggalakkan kebersihan.

Pesanan kesihatan oleh:
Dr. Rosli Abd Jalil, ‘Occupational Health Doctor’.

Sumber; Dr. Rosli Abd Jalil.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*