Farhan Suliman, pelajar TAHFIZ pemenang pingat emas lumba basikal Para Asean 2017

Ustaz Kamal Nizam

Ingat lagi seorang pelajar Tahfiz yang memenangi pingat emas pada kejohanan Pra ASEAN 2017 di Kuala Lumpur?  Beliau juga telah berjaya berkayuh untuk negara di kejohanan Sukan Para Asia di Incheon dan kejohanan tertinggi di Piala Dunia dan Kejohanan Dunia.

Kisah hidpnya cukup HEBAT….

Beliau telah menempuh jalan hidup yang sukar apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kemalangan yang berlaku pada tahun 2011. Menurut doktor yang merawatnya, kakinya perlu dipotong kerana saluran dar@h tidak berfungsi. Dan pembedahan yang dijalankan pada 20 November 2011 telah menyebabkan pergerakannya terbatas.

Beliau mengalami kemurungan dan kecewa dengan diri sendiri namun tetap meneruskan pengajiannya di sekolah tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Johor. Namun, sokongan keluarga, guru2 dan rakan2 beliau mula menerima kenyataan setiap takdir Tuhan itu ada hikmahnya. Beliau akhirnya berjaya menghafal 7 juzuk Al-Quran.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai berbasikal, tetapi saya suka sukan lasak dan saya tak mahu lepaskan peluang yang ada. Saya fikir selepas apa yang sudah terjadi, saya patut ambil apa-apa peluang yang ada” kata Shukor. Beliau akhirnya memenangi pingat emas buat negara pada kejohanan Sukan Para Asean 2017 di K. Lumpur.

Agak2 kalau kita buat Drama/Filem atas kejayaan Adik Shukur Farhan Suliman pelajar Mtaq Tanwiriah yg telah mengharumkan negara dlm sukan para cycling BEST tak? Mungkin tajuknya “PELAJAR TAHFIZ ATLET NEGARA”Pihak Madrasah berasa bangga atas kejayaan Adik Shukur Farhan dan sentiasa mendoakan beliau dan keluarganya beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat , Amin.

   

 

Sumber; Ustaz Kamal Nizam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*