Update; Ustazah Norhafizah Musa – Tahukah berapa ramai insan2 yg terlibat dgn tahfiz akan berlinangan air mata melihat telefilm ini…

Ustazah Norhafizah Musa/ Rohidzir Rais

Admin terbaca sebuah tulisan di FB dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang mengulas dari sisi lain. Pohon baca!

Benda boleh tibai, buat apa nak tabayyun kan?

Gegak gempita media sosial hari ni dek penangan drama Demi Tuhan Aku Bersaksi terbitan Prokuya Studio. Kelakarnya adalah, drama ni tak tayang pun lagi. Tapi ulasannya seolah-olah dah khatam 10 kali menonton cerita ini. Bagi mereka, drama ni nak memburukkan imej Islam! Bagi mereka, drama ni sengaja nak burukkan institusi tahfiz di Malaysia!

Maka, dikaitkan pula drama ini dengan kisah penjahat dalam Polis Evo 2 yang kononnya menghina Islam. Walhal mereka terlupa Datuk Mufti Wilayah siap tonton filem ini. Tiada penghinaan yang berlaku. Ia hanya tuduhan tanpa asas.

Ni sekarang kes drama ni pula. Bukan aku tak kenal siapa penerbitnya, si Bang Fadzil Zahari Orang baik-baik dalam industri hiburan di Malaysia. Begitu juga dengan penerbit eksekutif, Kak Yana Samsudin. Ya, Yana yang pakai tudung tu, artis yang banyak berkongsi awareness kes jenayah seksual kanak-kanak.

Jadi, apa ke bodoh makhluk berdua ni nak buat drama untuk hina Islam? H1na tahfiz? H1na ustaz? Oh lupa, kau kan amalkan konsep hentam dulu, kemudian bila tahu hal sebenar, buat-buat hilang ingatan, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.

Oleh sebab benda ni akan tular selama beberapa hari, maka aku ambil inisiatif untuk hubungi terus si penerbit, Bang Fadzil. Aku tanya dia, sebenarnya betul ke cerita ni pasal watak utama masuk ke tahfiz, kemudian dic@bul atau dil1wat dan kemudian bila dia habis belajar jadi makny@h?

Maka, Bang Fadzil terus mengucap panjang. Beliau lahirkan kekesalan dengan sikap netizen yang PM beliau di fb dan instagram, tuduh beliau sebagai munafik dan kafir. Krew drama pula dil@knat! 

Sinopsis kisah ni begini,

Watak utama asalnya seorang makny@h. Something happen, then beliau bertaubat. Sedar akan kesilapan. Tak mahu lagi ulangi kesilapan yang sama. Ingat, ini kisah taubat seorang makny@h yang mencari TuhanNya. Maka, beliau berubah terus penampilan menjadi seorang lelaki. Nak berubah, kena berhijrah ke tempat yang baik-baik. (Rujuk kisah dalam hadith soheh lelaki yang bunuh 99 orang manusia tu)

Maka, beliau mahu dalami ilmu agama. Nak ubah diri. Nak dekat dengan Tuhan. Terus masuk tahfiz. Belajar Al-Quran. Tapi bila masuk disitu, segelintir pelajar h1na beliau. Kata mereka, orang macam ni tak ada tempat di tahfiz. Diri dia kotor. Pengamal L* BT. Mengikut kaum Nabi Luth.

Bila Bang Fadzil kongsikan sinopsisnya begini, maka aku terus tanya berkenaan footage yang tersebar, watak utama tidak berbaju dengan mengenakan tuala di kepala. Adakah scene itu beliau dil1wat oleh pemangsa. Maka si penerbit menafikan. Kenapa sekotor itu pemikiran netizen. Ini adalah babak watak utama diuggut agar keluar dari tahfiz ini. Beliau tak ada hak berada di sini.

Kau tahu, aku siap baca lagi komen netizen yang menyebut watak utama tengah pasrah dan redha bila diliwat. Bod0hnya lahai. Tak perlu campur air, pekat sekali. Cukup sifat kebodohannya. Jadi, tolong sangat kawan-kawan yang baca post ni, jangan mengulas satu-satu isu tanpa kita tahu isu yang sebenar. Emosi kita dipandu dek segelintir ustaz dan netizen yang sepatutnya tabayyun dulu.

Ini kisah masyarakat. Ini kisah manusia. Kisah bagaimana sikap menghukum tak akan membantu manusia lain untuk berubah. Orang tu pel@cur ke, dia ada hak dan ruang untuk bertaubat. Tak malu ke kita bila Tuhan sebut ada pel@cur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum.

Kalau kita berada saat pelacur itu bagi anjing minum, pasti ada yang berkata, dahlah pel@cur, h1na, j1j1k, kotor, bagi pula anjing yang haram tu minum. Sh@me on you! Ni nanti adalah komen netizen yang tak pernah muncul hentam aku di ruangan komen. Ikut awaklah. Aku hanya menerangkan situasi yang sebenar.

Yang dah lama follow aku masak benar apa yang aku dah cuba buat bagi menyelamatkan kanak-kanak serta remaja di luar sana. Ya lah, bila aku tulis surat terbuka pada Marina Mahathir tahun lepas, kemain lagi depa ni puji. Baguslah, pejuang sebenarlah, jihadlah. Tapi aku yakin, orang yang sama juga akan hentam aku sebab tak kena dengan ideologi mereka.

Cuma, jangan sesekali nafikan ada tahfiz yang ‘menternak’ dan menjadi ‘asas’ kepada h0mos*ksual di Malaysia. Aku dah jumpa budak tahfiz yang menang1s dan trauma kena l1wat dengan kawan. Aku juga dah jumpa pelajar tahfiz yang langsung tak solat, benci pada agama dek telah dil1wat oleh mudir tahfiznya sendiri.

Bagi beliau, kenapa aku nak buat baik. Bila baik, orang buat aku macam ni. Si setan yang merosakkan pelajar ni telah doktrin berkali, jangan dedahkan aib guru, nanti tak berkat ilmu.

Nak je aku screenshot satu-satu kes yang berlaku yang melibatkan tahfiz di Malaysia ni. Tapi kalau aku buat macam tu pun, ia tak dapat mengubah pemikiran segelintir masyarakat yang menganggap sentuh sahaja pasal tahfiz, kau seolah-olah hina agama.

Akuilah kebenarannya walaupun pahit. JAKIM pun dah sebut melalui pegawainya yang ‘Boys Pickup Gay Habits From Boarding School’. (NST) Ia bukan sekadar tahfiz yang ada asrama, ia juga terpakai untuk sekolah agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh, juga sekolah harian yang ada pelajar tinggal di asrama.

Kenapa benda macam ni berlaku di tahfiz?

Senang je jawapannya. Anak dah bermasalah, kena buang sekolah, mak bapak tak tahu nak didik mana dah, hantar ke tahfiz. Bagi mereka, tahfiz adalah tempat ajaib untuk merubah dan mengubah sikap manusia. Walhal anak dia nilah yang akan rosakkan pelajar yang betul-betul ikhlas nak dalami dan hafal Al-Quran.

Bila dah besar, jadi pula tenaga pengajar. Tak ada masalah nak apply, pergi je tahfiz yang tak berdaftar. Senang je masuk kerja. Nampak pula peluang untuk jadikan pelajar di situ sebagai mangsa. Maka, berulanglah kitaran yang sama sampai m@mpus! Maaflah kasar. Maaf juga terpaksa mengulas panjang!

Nanti aku bagi cadangan untuk mak ayah ajar anak pasal Pendidikan Seksualiti, ada yang kata nak ajar anak buat s*ks. Walhal pendidikan berkenaan nak ajar anak kau untuk;

1. Tahu bezakan sentuhan selamat dan tidak selamat
2. Tahu untuk bertindak kalau ada seseorang individu cuba menyentuh, memegang atau meraba anggota badan s*ksual (private part)
3. Menjaga amanah yang Tuhan berikan; z@kar dan air m@ni tu sendiri
4. Faham fungsi kem@luannya sendiri

Last word,

Tolong jangan jadi b0d0h dan memb0d0hkan orang lain!

Sekian.

Artikel terdahulu…

Ustazah Norhafizah Musa – Tahukah berapa ramai insan2 yg terlibat dgn tahfiz akan berlinangan air mata melihat telefilm ini…

Ya Allah… kasihanilah kami yang terlibat dgn institusi tahfiz ini… membangunkan nya amat sukar.. cubalah bagi imej yg baik kepada institusi ini… apakah adil utk isu yang di mana pun berlaku tapi akhirnya institusi tahfiz juga yg dipilih untuk disandarkan…

Tahukah berapa ramai insan2 yg terlibat dgn tahfiz akan berlinangan airmata melihat telefilm ini diketengahkan…. Anak2 tahfiz yg tahu bagaimana segala usaha nak jaga biah solehah di tahfiz supaya tak mudah2 rosakkan reputasi tahfiz akan sed1h amat dengan berita ini.

Sesungguhnya orang2 yg mengagungkan syiar agama adalah dari hati2 yg bertaqwa…  tapi yg mcm ni..  yang nak palitkan dlm minda masyarakat dengan persepsi buruk terhadap institusi agama ni…  agaknya bagaimana ya…. rahmat lah kepada pelajar2 dan institusi tahfiz jugak…Aamiin.. Aamiin.. Aamiin

Sumber; Ustazah Norhafizah Musa

Sementara itu Mudir Sekolah Islam Nur Al-Azhar, Prot Dikson, Ustaz Rohidzir Rais menulis di dalam FB seperti berikut…

Tahfiz G@y…! Apakah itu yang cuba disampaikan oleh drama #demituhanakubersaksi terbitan Prokuya Studios. Menurut FB rasmi penerbit ini, drama ini mengisahkan “pengamal L* BT yang belajar di sekolah Tahfiz”!

Tahun lepas kita baru sahaja diusik dengan imej pengganas berserban dalam Polis Evo yang secara sengaja telah mencalarkan imej berserban dan berjubah sebagai ganas dan teroris. Kali ini, sebuah drama yang akan ditayangkan di RTM pula mengaitkan pusat Tahfiz dengan gejala L* BT.

Imej pelajar tahfiz yang berserban dan sering bersama al-Quran akan digambarkan dalam drama ini sebagai kaki l1wat dan g@ngster Tahfiz!

Realistik?

Ya seperti biasa mereka akan beralasan bahawa kes L* BT berlaku di mana sahaja termasuk di Tahfiz. Tetapi jika betul mahu realistik perlu juga dikaji bahawa kes jijik seperti ini telah menjadi perkara normal di sekolah-sekolah kebangsaan hingga tidak menjadi isu lagi. Seingat saya, sejak zaman saya sekolah menengah lagi isu sotong dan kunyit ini telah kedengaran di sekolah-sekolah berasrama.

Atau jika mahu lebih realistik lagi buat sahaja cerita menteri bersem****t ! Itu lebih real. Bagaimana RTM boleh meluluskan tema seperti ini? Ini persoalan yang bermain difikiran saya dan netizen lain. Tetapi lebih mengejutkan, menurut penerbit drama ini, tema ini dicadangkan oleh RTM!

Jika penerbit drama ini bertujuan mengangkat tema L* BT dan memberikan petunjuk kepada golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan, kita sokong. Tetapi berapa peratus L* BT ini lahir di Tahfiz? Atau mereka yang masuk ke Tahfiz dalam keadaan sudah terpalit dengan L* BT?

Tengok dahulu baru kec@m?

Alasan selamat produksi seperti ini apabila isu sensitif dibawakan bagi menimbulkan kontrovers1 dengan harapan ia mampu menaikan jumlah penonton. Jika sudah ditayangkan sudah terlambat untuk dinilai. Jalan cerita yang baik semata-mata tidak memadai.

Ini kerana kuasa visual atau gambaran “bercakap sendiri.” Maksudnya, imej negatif pelajar berserban yang j@hat, j1j1k dan kaki kuny1t ini yang akan diingati oleh penonton bukan keseluruhan cerita. Dam@ge has been done!

Kenapa Tahfiz dan pengajian Islam dimusuhi?

Media sejak sekian lama, dilihat amat memusohi apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, dan sekolah Tahfiz dan pondok antara sasaran yang paling digemari. Saya tidak akan pernah lupa bagaimana media arus perdana mengec@m dan menjatuhkan kreadibiliti sekolah pondok selepas kebakaran Pondok Pak Ya di Kedah. Perkara yang sama dilakukan oleh media hari ini dalam kes pembunohan anak-anak Tahfiz yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah kebangsaan!

Demikian apabila terdapat kes d@kwaan der@ dan l1wat di sekolah agama, media tidak tunggu lama untuk menyalak menyalahkan pengusaha dan guru-guru sekolah agama. Seolah-olah semua guru Tahfiz adalah pel1wat. Sedangkan yang sebenarnya, Islamlah yang disumbat dalam kandang pesalah tanpa diberikan ruang membela diri.

Chemburu dengan Sekolah Tahfiz?

Memang patut pun jika ada pihak yang cemburu melihat sambutan ibubapa terhadap sekolah-sekolah Tahfiz dan Pondok. Bukan hanya sekolah Tahfiz tubuh bagaikan cendawan selepas hujan, tetapi kebanyakan Tahfiz menerima kemasukan yang melimpah setiap tahun hingga terpaksa menolak. Boleh bayangkan, bagi sekolah Tahfiz yang terkenal, kekosongan pelajar hanya 100 tempat, tetapi yang datang temuduga mencecah seribu!

Malah ibubapa yang menghantar anak-anak ke institusi pengajian Islam pula adalah dalam kalangan terpelajar, pensyarah, ahli perniagaan, dan malah guru-guru sekolah kebangsaan sendiri. Kalau bukan kita yang bersuara menjaga institusi pengajian agama Islam ini, siapa lagi?

Sumber; Rohidzir Rais

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*