Rezeki berlipat setelah infaq durian kepada anak yatim dan sekolah tahfiz

Berita TV9

Agih Durian Percuma Seminggu Sekali

Rasa s1mpati kerana ada golongan yang tidak mampu memakan durian kerana harganya tinggi, seorang peniaga durian mengambil peluang membuat amal dengan menginfaqkan raja buah itu kepada golongan memerlukan seminggu sekali.

Seorang pemuda, Mazlan Mansor mengagihkan buah durian di beberapa rumah anak-anak yatim, pusat tahfiz atau pusat menimba ilmu di sekitar Temerloh dan Kuantan, Pahang agar mereka turut merasa kelazatan raja buah itu walaupun kurang mampu.

Bermula musim durian tahun lalu, beliau yang berasal dari Jengka 14 memperuntukkan beberapa bakul durian dari kebunnya di ulu Jengka untuk diagihkan di lokasi terpilih secara percuma, tidak menyangka bahawa kerja amalnya itu telah memberikan imak yang besar kepada beliau di mana, hasil duriannya telah berlipat kali ganda pada musim ini. 

Jom tonton video…

Sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*