Air ketuban sebenarnya air KENC1NG bayi…

Air ketuban atau air tuban sebenarnya adalah cecair yang berada dalam kantung bayi bagi melindungi bayi dari gegaran.

Air tuban ini mula dikesan ketika bayi (pada masa itu dinamakan janin) berusia kira-kira dua minggu selepas disenyawakan. Ia berasal dari cecair dari ibu yang menghamilkan janin ini.

Namun selepas 10 minggu, ginjal bayi mula terbentuk. Bayi mula menghasilkan air kenc1ng. Air kenc1ng inilah yang berkumpul dan membentuk air ketuban. Pada usia kehamilan 20 minggu lebih banyak air ketuban dihasilkan apabila ginjal bayi berfungsi sepenuhnya.

Air ketuban berwarna jernih, sedikit kekuningan, seperti mana air kencing kita.

Jika bayi dalam keadaan stress (selalunya disebabkan kekurangan oksigen atau nutrien) bayi mengalami degupan jantung yang sangat laju dan bayi akan berak. Najis ini dinamakan meconium.

Yang paling bahaya jika meconium (najis bayi) dalam air ketuban masuk ke dalam paru-paru menyebabkan bayi mengalami kesukaran bernafas apabila dilahirkan nanti.

#HealthDrZubaidi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*