[Video] Subhanallah, Cerita kan kepada kami, apa yang sudah anda lihat wahai syuhada?

Majlis ilmu

Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ …

Di saat orang lain menanggung kesakitan yang tidak terkira ketika sakarotulmaut, si syuhada ini tersenyum manis melihat pemandangan tempat yang bakal ditujuinya…

Apakah detik-detik saat tabir yang telah disingkapkan oleh Allah itu, lalu ia terpandang pintu Jannah? Ya Allah, bersaksilah bahawa pengakhiran hidupmu amat dicemburui oleh setiap orang mukmin…

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah A-li’Imraan 169-170

sumber; Majlis ilmu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*