Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri santuni mangsa tr@gedi berd@rah NZ di bumi Kiwi

Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Hati mula disinggah rasa h1ba sebaik kaki melangkah keluar daripada Chr1schurch International Airport. Suhu yang mencapai 16°c sedikit pun tidak terasa dek membuak-buak perasaan ingin bertemu dengan rakyat Malaysia yang menjadi mangs@ temb@kan dalam kejadian berdar@h di Chr1stchurch.

Destinasi pertama kami adalah rumah En. Nazril yang tidak jauh daripada lapangan terbang. Sebaik sampai, Puan Zurinawati menyambut kami di muka pintu. Masuk ke bahagian dalam rumah, kelihatan En. Nazril sedang menunggu kami di atas kerusi roda dengan senyuman yang terukir.

Masa yang terluang, kami penuhi dengan perbualan seputar tr@ged1 berkenaan. Alhamdulillah, kelihatannya beliau sudah hampir pulih sepenuhnya daripada trauma berkenaan.

Sesekali bergenang air mata di kelopak mata kami apabila En. Nazril menceritakan situasi semasa berlakunya temb@kan tersebut.

Mayy@t bergelimpangan di mana-mana. Masih terngiang-ngiang di telinga seorang jemaah yang menyebut “Allah…Allah…” sehinggalah nyaw@ di hujung tenggorok dan akhirnya kemat1an pun menjemput. Terlalu pedih untuk digambarkan.

Pertemuan diakhiri dengan sedikit penyampaian sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada En. Nazril dan Puan Zurinawati sekeluarga.

Kami mendoakan beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Teruskan memberi sokongan moral dan motivasi buat mereka kerana itulah sumber kekuatan bagi mangsa-mangsa ini.

sumber; Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*