H1NAnya manusia ini menilai keilmuan Imam As-Syafi’e

Kamilin Jamilin - Seni Hadith

Hakikatnya orang yang tidak tahu kedudukan imam al-Syafi’i dan nilai ilmunyalah orang yang langsung tiada “value”.

Selama 40 tahun imam Ahmad solat, beliau tidak pernah meninggalkan doa buat guru kesayangannya itu, sehinggakan anaknya ‘Abdullah pernah bertanya: 

“Wahai ayah, al-Syafi’i ni orangnya macamana? Saya dengar ayah banyak sungguh mendoakan beliau”. 
Jawab imam Ahmad: “Beliau umpama matahari dunia dan penawar manusia. Cuba lihat wahai anakku, masihkah wujud pewaris atau penggantinya?”.

Secara peribadi saya merasakan bahawa imam al-Syafi’i merupakan salah seorang dari ilmuwan Islam yang paling genius pernah dilahirkan sepanjang zaman. 

Tidak hairan beliau dengan kesepakatan para ulama dianggap sebagai mujaddid kurun ke-2 hijrah.
Siapa yang menghayati biografi imam al-Syafi’i, pasti dapat 2 gambaran paling menonjol tentang diri beliau iaitu PETAH dan CERDAS yang luar biasa!

Muridnya al-Rabi’ berkali-kali mengatakan: “Seandainya kamu melihat kepetahan al-Syafi’i yang menakjubkan nescaya kamu akan kagum. 

Jikalau beliau mengarang dengan kadar kemahiran bahasa arabnya yang beliau sering menuturkannya ketika berdiskusi bersama kami, nescaya tiada siapa yang mampu memahami tulisannya dek ketinggian mutu bahasanya dengan limpahan kalimah yang janggal. Namun penulisannya (sengaja direndahkan kualiti bahasa kerana) ditujukan kepada orang awam!”.

Jika masih ada yang sanggup menghina imam al-Syafi’i umpama tahap “bomoh kampung yang tiada nilai langsung”, faham-fahamlah di tahap mana akalnya!

sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*