Allahu Robbi, pesakit k0ma bersalin, berada di ambang m@ut di atas katil, bangkit dari ‘tidurnya’ untuk sihat seperti sediakala…

Mohd Nasir Abdullah

Alhamdulillah, semalam, setahun berlalu, setelah k0ma dua minggu, dia bangun dari “tidurnya”. Daripada keadaan yang n@zak, harapan yang sangat tipis atas ilmu manusia, sekarang berdiri gagah, segalanya hampir seperti sediakala.

Semalam ziarah nurse-nurse di Acute Stroke Ward HSNZ (doktor-doktor memang selalu jumpa masa appointment kat klinik) yang telah bertungkus lumus memastikan rawatan terbaik, bagi mengucapkan terima kasih atas jasa baik mereka.

Jelas, mereka sangat gembira apabila melihat pesakit yang koma, berada di ambang maut di atas katil, bangun dari pembaringan dan kembali kepada keadaan asal yang sihat.

Suatu kepuasan yang tidak ternilai. Bukan mereka yang menyembuhkan, tetapi melalui kemahiran mereka, Allah kurniakan kesembuhan. Ucapan terima kasih sangat bermakna bagi mereka.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik mereka, tidak lupa kepada saudara mara dan juga rakan-rakan yang mendoakan, terima kasih dari kami

kisah benar ini dipetik daripada FB…

sumber; Mohd Nasir Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*